Anda di sini

100 ekar hutan musnah

Advertisement
 Api kelihatan membakar hutan di Kampung Punggu Empelanjau, Sri Aman malam kelmarin.
MARAK: Api kelihatan membakar hutan di Kampung Punggu Empelanjau, Sri Aman malam kelmarin.

SRI AMAN: Hutan seluas 100 ekar di kawasan Kampung Punggu Empelanjau, di sini musnah dalam kebakaran malam kelmarin.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Sri Aman Siti Huzaimah Ibrahim berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian itu daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman sekitar jam 7.05 malam.

Bertindak atas maklumat, sepasukan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Sri Aman dikerah ke lokasi kejadian bagi membantu Jabatan Bomba dan Penyelamat Sri Aman memadam kebakaran berkenaan.

“Setibanya kami di lokasi kejadian, didapati api sedang marak membakar kawasan hutan berkenaan,” ujarnya.

Penduduk kampung mendakwa kebakaran tersebut dipercayai berpunca daripada seorang warga emas membakar sampah di kebunnya yang berdekatan hutan berkenaan.

Dikatakan kebakaran tersebut sudah berlarutan lebih tiga hari tetapi kecil sahaja.

“Tetapi pembakaran sampah berkenaan menyebabkan api merebak ke kawasan hutan berdekatan sehingga menyebabkan kebakaran hutan secara besar-besaran ini,” jelasnya.

Siti Huzaimah berkata kebakaran berkenaan berjaya dikawal sepenuhnya sekitar jam 11.30 malam.

“Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kebakaran berkenaan,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement