Anda di sini

Tiada masalah kita meraikan kemerdekaan 31 Ogos

Advertisement
ABDUL KARIM
ABDUL KARIM
LINA SOO
LINA SOO

KUCHING:Sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos harus diraikan sebagai rakyat Malaysia.

Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata bagi Malaysia, 31 Ogos boleh diterima pakai sebagai Hari Kemerdekaan negara yang diraikan oleh semua rakyat Malaysia.

Manakala Hari Malaysia diraikan pada 16 September dan ia tidak menjadi satu masalah.

“Rakyat Sarawak seharusnya meraikan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos sebagai rakyat Malaysia,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Karim yang juga Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan berkata sebagai contoh ketika Amerika Syarikat (AS) diwujudkan pada 4 Julai, ia hanya terdiri daripada lapan negeri.

Namun katanya, kini AS dianggotai 52 negeri dan negeri-negeri lain yang ‘menyertai’ dan mendapat kemerdekaan seterusnya menjadi sebahagian daripada AS pada tarikh-tarikh berlainan.

“Demi perpaduan, tarikh simbolik iaitu 4 Julai diterima pakai dan sambutan Hari Kemerdekaan AS diraikan pada tarikh ini setiap tahun,” ujarnya.

FATIMAH
FATIMAH

Ketua Wanita PBB Dato Sri Fatimah Abdullah berkata 31 Ogos wajar diraikan oleh rakyat Sarawak kerana turut bergembira, Persekutuan Tanah Melayu merdeka daripada jajahan British pada tarikh itu.

“Sama seperti kita turut meraikan dan tumpang gembira apabila tiba hari Tahun Baharu Cina walaupun kita bukan berbangsa Cina,” katanya.

Fatimah yang juga Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak berkata Sarawak merdeka pada 22 Julai 1963 dan seharusnya tarikh itu diingat dan disambut dengan gembira oleh semua rakyat negeri ini.

“Saya percaya rakyat lain dalam Malaysia juga turut gembira apabila kita meraikan hari pemerintahan sendiri atau Sarawak merdeka pada 22 Julai,” katanya.

Sementara itu Presiden Parti Reformasi Negeri Sarawak (STAR) Lina Soo pula berkata STAR khususnya dan rakyat Sarawak amnya gembira Persekutuan Tanah Melayu atau kini Semenanjung Malaysia sudah merdeka selama 61 tahun.

Bagaimanapun beliau mengingatkan rakyat Sarawak bahawa dalam persekutuan, wilayah-wilayah komponen iaitu negeri-negeri tidak mempunyai kedaulatan kerana dipegang oleh kerajaan persekutuan.

“Kedaulatan merupakan satu simbol kemerdekaan. Maka itu, Sarawak tiada Hari Merdeka yang boleh dianggapn sebagai hari kemerdekaan negeri ini,” ujarnya.

Beliau menambah, Hari Sarawak pada 22 Julai adalah untuk meraikan Sarawak mempunyai Ketua Menteri pertama iaitu Tan Sri Datuk Amar Stephen Kalong Ningkan dan kabinet untuk pemerintahan dalaman sendiri pada 1963.

Bagaimanapun katanya, Sarawak kekal di bawah jajahan British sehingga 16 September 1963 apabila kerajaan British menyerahkan kedaulatan kita kepada Malaya yang diberi nama baharu iaitu Malaysia.

  • oleh
  • Advertisement