Anda di sini

Rumah separuh kekal musnah terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman.
ANGGOTA bomba menjalankan operasi pemadaman.

LAHAD DATU: Sebuah rumah separuh kekal di Kampung Asam musnah terbakar pada petang tadi.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Daerah Lahad Datu Darren John berkata panggilan kecemasan diterima pada jam 2.36 petang.

"Pasukan yang diketuai Saidi Siadek dan tujuh anggota serta sebuah jentera pemadam dan EMRS bergegas ke lokasi kejadian.

"Operasi pemadaman berjaya mengawal api daripada merebak ke penempatan lain dan operasi ditamatkan jam 4.46 petang," katanya di sini pada Khamis.

Menurutnya, tiada mangsa cedera dilaporkan kerana kejadian disedari penghuninya dan sempat menyelamatkan diri bersama dokumen-dokumen penting.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

  • oleh
  • Advertisement