Anda di sini

Pemberian elaun sara hidup akan diteruskan

Advertisement
DAUD menyampaikan elaun kepada salah seorang nelayan.
DAUD menyampaikan elaun kepada salah seorang nelayan.

PAPAR: Dakwaan pembangkang yang mengatakan kerajaan akan menghentikan pemberian elaun sara hidup kepada golongan nelayan adalah tidak benar.

Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Dr Daud Yusuf berkata, dakwaan itu hanya bermotifkan politik semata-mata namun, pemberian elaun sara hidup nelayan akan diteruskan kerajaan bagi memastikan kebajikan golongan terbabit terpelihara.

Jelas beliau, jaminan itu diberikan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sekali gus membuktikan peranan nelayan diiktiraf kerajaan baharu.

"Walaupun kerajaan telah bertukar namun, usaha memelihara kebajikan nelayan akan diteruskan antaranya pemberian elaun sara hidup berjumlah RM300 setiap bulan.

"Ini membuktikan dakwaan pihak pembangkang yang menyatakan kerajaan baharu bakal menghentikan sebarang bantuan kepada golongan ini adalah tidak benar sama sekali dan hanya bersifat politik.

"Sedangkan hakikatnya, pihak kami mempunyai pelbagai perancangan strategik untuk membantu meningkat taraf hidup nelayan malah lebih baik daripada usaha kerajaan terdahulu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyempurnakan Majlis Pemberian Elaun Sara Hidup Nelayan Kawasan Papar di Dewan Masyarakat Papar hari ini.

Hadir sama, Ketua Pengarah LKIM Jamaluddin Othman, Pengarah LKIM Sabah Mohd Jamil Abdullah dan Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan Papar Mohd Adanan Abdullah.

Seramai 486 nelayan dari seluruh kawasan ini menerima elaun berkenaan di majlis itu membabitkan jumlah keseluruhan RM143,230.

  • oleh
  • Advertisement