Anda di sini

Masalah penagih perlu ditangani

Advertisement
JO-ANNA dan Bakri (bediri, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Skuad TOT selepas program itu.
JO-ANNA dan Bakri (bediri, tengah) merakamkan gambar kenangan bersama Skuad TOT selepas program itu.

KOTA KINABALU: Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) mencatatkan sejumlah 580 individu di Sabah terbabit dalam penyalahgunaan dadah.

Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Jo-Anna Sue Rampas berkata angka yang dinyatakan itu sangat membimbangkan dan komuniti terutama keluarga mangsa perlu memainkan peranan penting membantu kerajaan menangani masalah berkenaan.

“Masalah dadah bukanlah isu baharu dalam masyarakat kita dan saya difahamkan rata-rata jumlah penagih ini terlibat dalam penagihan dadah jenis syabu.

“Malangnya, masalah dadah ini tidak diambil serius oleh orang ramai dan kebanyakan penagih adalah dalam kalangan belia kita sendiri,” katanya.

Menurutnya masyarakat perlu bekerjasama antara satu sama lain berikutan pihak berkuasa termasuk polis serta AADK tidak mampu mengatasi masalah ini tanpa bantuan pelbagai pihak.

“Perkara ini perlu diberi perhatian dan selamatkanlah belia kita kerana merekalah tulang belakang negara pada masa hadapan dalam pembangunan serta kemakmuran negara,” katanya semasa merasmikan program Latihan Skuad AADK (TOT) di Universiti Malaysia Sabah (UMS) hari ini.

Sementara itu, Pengarah AADK Sabah Bakri Bibi berkata TOT adalah sebahagian daripada usaha agensi untuk membabitkan masyarakat bekerjasama memerangi masalah dadah di sini.

“Pasukan ini yang kebanyakannya adalah golongan sukarelawan belia sendiri akan membantu kami dalam pelbagai aktiviti terutamanya memerangi dadah khususnya di ibu negeri sendiri,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement