Anda di sini

Kerajaan pada landasan betul

Advertisement
SHAFIE merasmikan Kongres Antarabangsa Juruukur Sabah Ke-6. Turut kelihatan Pengerusi Royal Institution of Surveyors Malaysia Cawangan Sabah Sr Raja Sundra Lingam (dua dari kiri) dan Presiden ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics, Filipina Engr. Randolf S Vicente the Philippines (kiri).
SHAFIE merasmikan Kongres Antarabangsa Juruukur Sabah Ke-6. Turut kelihatan Pengerusi Royal Institution of Surveyors Malaysia Cawangan Sabah Sr Raja Sundra Lingam (dua dari kiri) dan Presiden ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics, Filipina Engr. Randolf S Vicente the Philippines (kiri).

KOTA KINABALU: Sabah ke arah landasan yang betul di bawah pentadbiran kerajaan baharu.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal yakin dalam tempoh setahun di bawah pemerintahaan kerajaan baharu, Sabah berada pada landasan yang betul.

"Berilah masa kerana apa yang penting, kerajaan mampu menangani masalah dan menguruskan pentadbiran untuk pembangunan Sabah.

"Ia bukan hanya melibatkan perubahan struktur pentadbiran tetapi juga bagaimana kita menguruskan jabatan kerajaan dalam usaha membangunkan negeri ini," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas tempoh 100 hari yang semakin hampir di bawah pentadbiran kerajaan negeri baharu.

Shafie sebelum itu merasmikan Kongres Antarabangsa Juruukur Sabah (SISC) Kali Keenam dan Kemuncak Tadbir Urus Tanah Asean Kali Kedua, di sini hari ini.

Menurutnya, usaha ke arah mengubah pentadbiran yang lebih baik memerlukan penglibatan penjawat awam.

Katanya, banyak yang boleh dicapai dengan penglibatan cemerlang penjawat awam terutama dalam melaksanakan dasar kerajaan.

Beliau yang juga Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) berkata, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan kerajaan negeri, pihaknya berusaha untuk melakukan yang terbaik.

"Kita usaha untuk lakukan mana yang terbaik dan saya tahu rakyat meletakkan harapan yang tinggi terhadap kerajaan.

"Namun, tidak mungkin sesuatu perubahan itu dapat dilihat dalam satu malam. Kita baru mencapai 100 hari dan tidak boleh menjangka berlaku keajaiban.

"Bagaimanapun, kita berada pada landasan baik untuk mengubah negeri ini ke arah yang lebih baik,"  katanya.

Pada masa sama, beliau turut gembira lebih banyak perubahan yang dibuat kerajaan Persekutuan di bawah pimpinan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia, sokongan penuh perlu diberikan kepada Tun Mahathir kerana semua orang tahu keupayaannya dalam mentadbir negara.

Shafie berkata, pengalaman luas Tun Mahathir sudah tentu akan membawa negara bergerak maju pada landasan yang betul.

  • oleh
  • Advertisement