Anda di sini

Bot laju bawa muatan 20 gelen petrol disita

Advertisement
JURAGAN bot ini dikatakan bertindak terjun ke laut sebelum sempat ditangkap oleh APMM Semporna.
JURAGAN bot ini dikatakan bertindak terjun ke laut sebelum sempat ditangkap oleh APMM Semporna.

SEMPORNA: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Semporna menahan sebuah bot laju dengan muatan 20 gelen yang disyaki berisi minyak petrol 350 liter.

Kejayaan itu direkodkan oleh APMM Semporna pada jam 11.30 pagi Rabu, berhampiran timur laut Kg Sri Aman melibatkan rampasan bernilai kira-kira RM11,800.

Bagaimanapun, Pengarah Zon Maritim Semporna Left Komander (M) Amiluddin Yenggah berkata suspek juragan terjun ke laut sebelum sempat ditahan pasukannya.

“Bot laju terbabit diperiksa oleh pasukan kita yang menjalankan rondaan operasi di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Katanya bot laju itu dibawa ke Jeti Kem Azumi untuk siasatan lanjut mengikut Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002 dan Akta Kawalan Bekalan 1961.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat kegiatan jenayah maritim supaya menghubungi APMM di 089-782619 atau MERS999.

  • oleh
  • Advertisement