Anda di sini

Anak gajah mati akibat kehilangan darah

Advertisement
PETUGAS JHLS memberikan rawatan awal terhadap gajah yang ditemukan terjerat di Taliwas Lahad Datu pada Selasa.
PETUGAS JHLS memberikan rawatan awal terhadap gajah yang ditemukan terjerat di Taliwas Lahad Datu pada Selasa.

KINABATANGAN: Kematian anak gajah yang ditemukan terapung di Sungai Kinabatangan berhampiran Hutan Simpan Pangi Isnin lalu dipercayai disebabkan kehilangan darah di bahagian usus.

Jabatan Hidupan Liar Sabah (JHLS) dalam satu kenyataan menyatakan haiwan itu mengalami gastritis ulseratif selepas proses bedah siasat terhadap anak gajah itu.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Siti Nur’ain Ampuan Acheh berkata penyakit gajah itu mengakibatkan ia kehilangan darah yang teruk di dalam usus gastrointestinalnya dan penyakit ini juga boleh menjadi penyakit berjangkit atau sebaliknya.

“Hasil bedah siasat terhadap anak gajah itu menunjukkan tiada sebarang kecederaan luaran yang dialami dan sampel organ dalaman juga diambil untuk dianalisis.

“Pengesahan tentang punca kematian sebenar hanya boleh dipastikan sepenuhnya apabila keputusan analisis diperolehi,” katanya.

Sementara itu, dalam kejadian berasingan, seekor gajah ditemukan cedera selepas terperangkap di dalam jerat di Taliwas Lahad Datu.

Gajah muda berumur dalam lingkungan tujuh hingga sembilan tahun terjerat di bahagian kaki kanan sebelum diselamatkan dan diberi rawatan petang Selasa lalu.

Siti Nur’ain berkata kesan jerat menyebabkan luka sedalam kira-kira dua inci dan dipenuhi dengan ulat di kawasan terjejas.

“Sebahagian besar kesan luka semakin sembuh, bagaimanapun pemantauan dari segi makanan serta minuman masih dilakukan secara kerap buat masa ini berikutan proses untuk sembuh masih memerlukan masa yang panjang.

“Gajah ini akan dipindahkan ke Sanctuary Borneo untuk rawatan serta pemulihan lanjut,” katanya.

  • oleh
  • Advertisement