Anda di sini

Lelaki hilang ditemukan lemas di Sungai Seladan

Advertisement
PASUKAN SAR membawa mangsa naik ke darat selepas ditemukan jam 9 pagi tadi.
PASUKAN SAR membawa mangsa naik ke darat selepas ditemukan jam 9 pagi tadi.

PAPAR: Seorang lelaki tempatan yang dilaporkan hilang sejak petang Selasa berjaya ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) awal pagi tadi.

Mangsa, Mohammad Zaini Ahmad, 27, ditemukan lemas di Sungai Kampung Seladan Pekan Bongawan, di sini, kira-kira 13 jam selepas dilaporkan hilang.

Pegawai Bomba Kanan II Zainal Ali berkata panggilan kecemasan diterima jam 8.28 malam Selasa sebelum menggegaskan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kimanis melaksanakan operasi SAR.

Katanya operasi hari pertama terbabit bagaimanapun ditangguhkan jam 11 malam berikutan tidak menemukan sebarang petunjuk daripada mangsa.

“Mangsa kemudiannya berjaya ditemukan kira-kira jam 9 pagi pada operasi hari kedua SAR pada kedudukan 10 meter dari jeti berdekatan oleh anggota BBP Kimanis dan tujuh anggota Pasukan Penyelamat Dalam Air (PPDA) BBP Kuala Penyu.

“Mangsa yang meninggal dunia diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi keseluruhan ditamatkan pada jam 9.30 pagi.

  • oleh
  • Advertisement