Anda di sini

15 Ogos sentiasa diingati

Advertisement
ARIFIN meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan.
ARIFIN meletakkan kalungan bunga di tugu peringatan.

Memperingati tawanan Perang Dunia Kedua yang terkorban
 

SANDAKAN: Tanggal 15 Ogos menjadi tarikh yang akan sentiasa diingati dan menyaksikan hubungan erat antara Australia dan Sabah terus terjalin.

Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal berkata tarikh itu juga menandakan ulang tahun ke-73 berakhirnya Perang Dunia Kedua dan memperingati tawanan perang yang terkorban semasa perang berkenaan.

"Kita berkumpul di sini untuk mengingati warga Australia yang gugur pada tarikh yang sangat penting ini. Di Sandakan inilah beberapa tawanan perang terkorban dan rakyat tempatan mempertaruhkan nyawa mereka untuk membantu tentera bersekutu - bermula dari sini dan sepanjang perjalanan ke Ranau, lebih 200km jauhnya," katanya.

Beliau berkata demikian pada Hari Peringatan Sandakan di Taman Peringatan, Batu 8 Sandakan, hari ini.

Teks ucapan beliau disampaikan oleh Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Arifin Asgali.

Turut hadir, Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Vicki Treadell, Pesuruhjaya Tinggi Australia ke Malaysia Andrew Goledzinowski dan Timbalan Presiden Majlis Perbandaran Sandakan Haji Mohd Hamsan Haji Awang Supain.

Shafie berkata tindakan berani mereka itu (tawanan perang dan rakyat tempatan) harus dihormati sebagai pahlawan, kerana mempertaruhkan nyawa demi memberikan keamanan dan ketenangan yang kita nikmati sekarang.

"Ia adalah keamanan yang sering diabaikan oleh generasi masa kini. Oleh itu, saya mengajak rakyat khususnya golongan muda agar mengambil iktibar daripada sejarah Perang Dunia Kedua untuk terus mengekalkan keamanan negara yang dikecapi kini," katanya.

Katanya sejarah perang itu wajar menjadi peingatan kepada kita bahawa bukan mudah untuk mengekalkan keamanan yang kita kecapi sekarang, jika tidak disebabkan keberanian pejuang-pejuang terdahulu menentang musuh iaitu tentera Jepun.

Beliau juga memuji usaha Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Lembaga Pelancongan Sabah dengan kerjasama Pejabat Perkuburan Perang Australia atas dedikasi yang berterusan mengadakan Hari Peingatan itu untuk memperingati mereka yang terkorban dan mengenang kisah hidup mereka.

  • oleh
  • Advertisement