Anda di sini

Pindaan RUU hutan dilulus

Advertisement

Untuk memperkukuhkan peruntukan sedia ada, tangani kes kecurian gaharu

KOTA KINABALU: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) meluluskan tiga pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Hutan bagi menguatkuasakan perlindungan produk gaharu di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal ketika membahaskan Rang Undang-Undang itu menjelaskan Seksyen 2, 30 dan 38 enakmen berkenaan akan dipinda.

SHAFIE dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meninggalkan dewan selepas penangguhan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.
SHAFIE dan Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Wilfred Madius Tangau meninggalkan dewan selepas penangguhan Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Katanya, enakmen itu yang akan dinamakan Enakmen Hutan (pindaan) 2018 akan berkuatkuasa pada 17 September depan.

"Seksyen 38 kini ditambah satu subseksyen bagi tujuan menambah elemen anggapan bagi memenuhi keperluan pendakwaan kes berkaitan pencurian gaharu yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

"Ini disebabkan kebanyakan kes kecurian hasil hutan gaharu jarang ditangkap semasa melakukan kesalahan dalam kawasan hutan-hutan simpan dan tanah kerajaan di Sabah," katanya ketika membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Hutan (Pindaan) 2018.

Beliau berkata, cadangan pindaan itu penting untuk mengukuhkan peruntukan sedia ada dalam Enakmen Hutan 1968 bagi menangani kes-kes pencurian gaharu yang semakin berleluasa kebelakangan ini.

Katanya, ia juga penting untuk memenuhi keperluan pendakwaan kes-kes seumpamanya di mahkamah.

"Pindaan Rang Undang-Undang ini tidak akan melibatkan sebarang kos kepada kerajaan negeri," katanya.

  • oleh
  • Advertisement