Anda di sini

Dua kanak-kanak rentung dalam kebakaran

Advertisement
Anggota bomba memadamkan sisa kebakaran yang melibatkan dua beradik terkorban hari ini.
Anggota bomba memeriksa tempat kejadian
Mangsa, Zulkarnain (kiri) bersama Zulfadi dalam gambar keluarga

KUCHING: Dua adik beradik lelaki rentung dalam kebakaran sebuah rumah di Kampung Hilir Lingga, Sri Aman sekitar pukul 4.25 petang tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak Nor Hisham Mohammad ketika dihubungi bagi mengesahkan kejadian memberitahu, mangsa-mangsa dikenali sebagai Zulkarnain Ajizul, 5 tahun dan adiknya Zulfadli Ajizul, 2 tahun.

“Semasa kejadian hanya kedua-dua mangsa bersama kakak serta ibu mereka sahaja berada di rumah.

“Bagaimanapun si ibu dan kakak mereka berjaya menyelamatkan diri sebelum api marak,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurutnya, mayat kedua-dua mangsa diserahkan kepada polis sekitar jam 6.20 petang tadi untuk tindakan selanjutnya.
 

  • oleh
  • Advertisement