Anda di sini

Cubaan seludup masuk Sabah gagal

Advertisement
 ANGGOTA Maritim Malaysia bersama kumpulan warga asing yang ditahan dalam operasi itu.
ANGGOTA Maritim Malaysia bersama kumpulan warga asing yang ditahan dalam operasi itu.

KUDAT: Sebuah bot pam membawa 11 warga asing ditahan pada jarak kira-kira 1.4 batu nautika dari Tanjung Inaruntung Pitas dekat sini.

Pengarah Zon Maritim Kudat Komander Maritim Boon Chin Chau berkata, pihaknya mendapati kesemua warga asing terbabit cuba memasuki negeri ini secara tidak sah.

Menurutnya, bot berkenaan dipercayai dari Pulau Kagayan Selatan Filipina dan cuba memasuki Sabah melalui perairan Kudat.

 WARGA asing yang ditahan selepas cuba menyeludup masuk ke perairan Sabah.
WARGA asing yang ditahan selepas cuba menyeludup masuk ke perairan Sabah.

Pihaknya membuat rondaan di kawasan terbabit dalam Ops Pluto Timur sebelum mengesan bot suspek kira-kira jam 10 malam Ahad.

"Hasil pemeriksaan mendapati kesemua tangkapan adalah warga Filipina berumur dalam lingkungan dua hingga 54 tahun.

"Seramai enam lelaki dan lima perempuan termasuk dua kanak-kanak ditahan akibat gagal mengemukakan dokumen pengenalan diri yang sah," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Beliau berkata, bot pam terbabit juga tidak berdaftar dengan Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Katanya, kes berkenaan disiasat di bawah Enakmen Pelabuhan dan Dermaga Sabah 2002, Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Anti Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran (Atipsom) 2007.

Boon berkata, kesemua suspek dibawa ke Jeti Marina Kudat untuk siasatan lanjut.

  • oleh
  • Advertisement