Anda di sini

30 minit menahan sakit

Advertisement
 Besi digunakan untuk memanah ikan menembusi bahagian tepi kaki kanan mangsa.
TERCUCUK: Besi digunakan untuk memanah ikan menembusi bahagian tepi kaki kanan mangsa.

SARIKEI: Akibat tercucuk besi digunakan untuk memanah ikan, seorang lelaki berusia 30 tahun terpaksa menahan sakit selama 30 minit sebelum berjaya dikeluarkan.

Mangsa tercucuk besi itu di bahagian tepi kaki kanannya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sarikei Suna Kaha berkata pada jam 1.42 pagi pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada Unit Kecemasan dan Trauma Hospital Sarikei memohon bantuan memotong sebatang besi berdiameter 0.5 milimeter tercucuk pada kaki seorang lelaki.

"Setelah mendengar penerangan daripada doktor, bomba bertindak memotong besi itu dengan menggunakan pemotong besi.

“Usaha memotong besi mengambil masa enam minit," katanya semalam.

Sebaik sahaja besi itu berjaya dipotong, mangsa diserahkan kepada pihak Hospital Sarikei.

  • oleh
  • Advertisement