Anda di sini

Tiga kenderaan, sebuah motosikal terbakar

Advertisement
ANGGOTA bomba memadam kebakaran pada kenderaan yang terbakar.
ANGGOTA bomba memadam kebakaran pada kenderaan yang terbakar.

SANDAKAN: Tiga buah kenderaan dan sebuah motosikal yang diparkir musnah terbakar dalam kejadian awal pagi tadi di Bandar Letat, Batu 3 di sini.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon Sandakan Anddre Andrew berkata dalam kejadian itu, ketiga-tiga kenderaan dan motosikal berkenaan diparkir di hadapan sebuah kedai runcit.

Beliau berkata sebaik menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 4.04 pagi, pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sandakan diketuai PBK II Japar Hamzah bersama lima anggota digegaskan ke lokasi menggunakan dua jentera FRT dan EMRS.

"Kebakaran bermula di bahagian tengah kenderaan (Proton Gen 2) serta merebak ke kereta sebelah kiri (Proton Iswara) dan kanan (Proton Saga) seterusnya merebak ke sebuah motosikal di bahagian kanan," katanya.

BEGINILAH keadaan dua daripada tiga kenderaan yang terbakar dalam kejadian itu.
BEGINILAH keadaan dua daripada tiga kenderaan yang terbakar dalam kejadian itu.

Anddre berkata operasi memadam kebakaran bermula pada jam 4.10 pagi dan selesai pada jam 4.28 pagi.

Menurutnya tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

Anggaran kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan pihaknya.

  • oleh
  • Advertisement