Anda di sini

Pendidikan jaga kebersihan sangat penting

Advertisement
JAUJAN ketika sidang media hari ini.
JAUJAN ketika sidang media hari ini.

KOTA KINABALU: Rakyat perlu diberikan pendidikan berterusan mengenai kepentingan persekitaran bersih bagi mewujudkan suasana kehidupan kondusif.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, sekiranya semua rakyat mempunyai tanggungjawab terhadap kebersihan, Sabah sudah pasti tidak berhadapan dengan masalah pelupusan sisa pepejal atau sampah.

"Sampah datang dari manusia itu sendiri, oleh itu pendidikan mengenai menjaga kebersihan sangat penting.

"Walaupun langkah-langkah terbaik diambil dari segi sistem pelupusan sampah, namun sampah semakin bertambah," katanya dalam satu sidang media selepas sesi soal jawab di Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ke-15, di sini hari ini.

Beliau berkata, sistem pengurusan makanan juga perlu diutamakan memandangkan pembaziran bahan itu boleh menyebabkan bau busuk sekiranya dibuang merata  tempat.

Katanya, satu kaedah pendidikan terbaik perlu ditekankan dalam usaha bersama untuk menguruskan perkara itu.

"Kes denggi kini tertumpu di bandar yang berpunca jumlah setinggan yang tidak dapat dikawal.

"Kita juga tidak dapat bekalkan tong sampah kepada contohnya lebih 3,000 setinggan di sini, kalau setiap rumah kita bekalkan, ia sudah tentu memerlukan kos tinggi untuk dibelanjakan," katanya.

Jaujan yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan berkata, menjaga persekitaran bersih perlu bermula dari sikap masing-masing, perlu mempunyai tanggungjawab dan beri kerjasama kepada kerajaan agar bersama-sama menjaga kebersihan.

"Tidak adil sekiranya kita membuang sampah dan orang lain memungutnya," katanya.

  • oleh
  • Advertisement