Anda di sini

LPPB perlu kenal pasti kawasan sesuai dibangunkan PPR

Advertisement
JAUJAN (tiga kiri), Bolkiah (tiga kanan) dan Ginun (dua kanan) berbincang ketika mengadakan lawatan ke PPR Pitas pada Sabtu.
JAUJAN (tiga kiri), Bolkiah (tiga kanan) dan Ginun (dua kanan) berbincang ketika mengadakan lawatan ke PPR Pitas pada Sabtu.

KOTA MARUDU: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar (LPPB) perlu mengenal pasti kawasan sesuai di setiap daerah bagi tujuan membina Program Perumahan Rakyat (PPR).

Timbalan Ketua Menteri Datuk Dr Jaujan Sambakong berkata, langkah itu penting bagi melancarkan operasi pembinaan perumahan berkenaan.

"LPPB perlu mengenal pasti tapak di setiap daerah supaya sekiranya kerajaan pusat mahu bagi kita bajet untuk buat PPR, tanah sudah tersedia.

"Saya yakin tanah sudah tersedia dan apabila kita kemukakan permohonan, kerajaan pusat sedia memberikan kerjasama kerana rumah ini bukan untuk pemimpin atau kerajaan sebaliknya kepada rakyat," katanya ketika ditemui selepas mengadakan Lawatan Kerja ke tapak PPR Korongkom Jaya, di sini pada Sabtu.

Beliau berkata, penduduk yang akan menerima kunci PPR Korongkom nanti dinasihatkan untuk menjaga kebersihan persekitaran selain menjaga kemudahan dengan baik.

Katanya, pembinaan lebih banyak PPR adalah langkah yang mampu mengatasi masalah perumahan setinggan di Sabah.

"Saya mendapati PPR ini sangat baik, binaan cantik, lengkap dengan kemudahan dewan, tadika, masjid dan kedai.

"Sebanyak 420 unit rumah di sini akan diserahkan kepada pemiliknya dalam masa terdekat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement