Anda di sini

SMK Batu Kawa anjur majlis Kolokium serta Pelancaran Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidikan

Advertisement
 Joseph melancarkan Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidikan SMK Batu Kawa sambil disaksikan oleh pasukan pentadbiran sekolah SMK Batu Kawa di Kuching pada 4 Ogos lalu.
DILANCAR: Joseph melancarkan Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidikan SMK Batu Kawa sambil disaksikan oleh pasukan pentadbiran sekolah SMK Batu Kawa di Kuching pada 4 Ogos lalu.

SATU majlis Kolokium serta Pelancaran Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidikan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Batu Kawa telah diadakan dengan penyertaan 124 tenaga pengajar di dewan sekolah itu di Kuching,  4 Ogos lalu.

Pada kolokium tersebut empat guru dari SMK Batu Kawa telah membentangkan kajian berdasarkan subjek  masing-masing.

Pembentangan pertama disampaikan oleh Ong San San dengan tajuk ‘Keberkesanan Kaedah Melukis Puisi Dalam Meningkatkan Kefahaman dan Penghayatan Puisi Klasik dalam Kalangan Pelajar Tingkatan Dua’.

Sementara, Abert  Achilles Nunong  dan Christina Tan masing-masing membentangkan kaijan tentang ‘Nuturing Listening Strategies In MUET Classroom More Practice Less Testing: An Action Research’ dan ‘Penggunaan Protraktor Peratus Untuk Meningkatkan Kemahiran Melukis Carta Pai Bahagian Alih Bentuk Komunikasi Dalam Kalangan  Pelajar Tingkatan 6’.

Pembentangan yang terakhir pada kolokium tersebut disampaikan oleh Wong Siew Kiong  dengan tajuk ‘Xenter – Satu Kaedah untuk Meningkatkan Kemahiran Pelajar Mencari Pusat Putaran Diberi Objek dan Imej’.

Pengerusi majlis kolokium merangkap ketua penyunting buku baharu (Koleksi Artikel Kolokium Penyelidikan SMK Batu Kawa Jilid 1) Neo Hui Kiam berkata, tujuan mengadakan kolokium ialah untuk menyediakan platform bagi guru-guru sekolah bekongsi ilmu dan pengalaman tentang intervensi kaedah pengajaran dan pembelajaran.

“Ia juga diadakan dengan harapan untuk menimbulkan minat guru-guru dalam menjalankan kajian tindakan dengan harapan pengajaran dan pembelajaran guru dalam kelas semakin berkesan dan meningkatkan prestasi akademik sekolah umumnya,” katanya dalam satu kenyataan media baru-baru ini.

Neo yang juga Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (HEM) SMK Batu Kawa mengucapkan terima kasih kepada Jawatankusa Kolokium IV dan Ahli Jawatankuasa Penerbitan Buku Koleksi Artikel Kolokium Penyelidikan SMK Batu Kawa atas usaha gigih mereka menjayakan majlis tersebut.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada para pembentang dan moderator kolokium kerana menjalankan tugas dengan baik selain memastikan majlis berjalan dengan lancar.

Sementara itu, Pengetua SMK Batu Kawa Joseph Ng Shan Tsing dalam ucapannya menggesa semua guru di sekolah terbabit untuk melibatkan diri dalam kajian tindakan demi meningkatkan prestasi akademik pelajar sekolah.

“Saya harap guru di sini, akan sentiasa bersikap positif dalam menghadapi cabaran pengajaran harian dan menganggap majlis kolokium ini sebagai satu program untuk melapangkan minda dan mengurangkan stres,” katanya.

Menurutnya lagi, kolokium tersebut adalah kolokium kelima bagi SMK Batu Kawa yang dianggap sebagai satu aktiviti latihan dalaman sejajar dengan dasar Kementerian Pendidikan Malaysia yang sentiasa berusaha meningkatkan kualiti insan modal dalam bidang pendidikan.

Advertisement