Anda di sini

Kes tembak Bill Kayong, Fitri dijatuh hukuman gantung sampai mati

Advertisement
Fitri ketika dibawa keluar dari mahkamah.
Fitri ketika dibawa keluar dari mahkamah.

MIRI: Mahkamah Tinggi Miri hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas seorang lelaki setelah didapati bersalah membunuh bekas pemimpin PKR Miri, Bill Kayong.

Keputusan itu dibuat Hakim Ravintharan N. Paramaguru setelah mendapati pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh dalam kes ini.

Mohamad Fitri Pauzi, 31, dari Pujut 4 didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh melakukan pembunuhan hingga menyebabkan kematian Bill Kayong.

Fitri didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 8.20 pagi, 21 Jun 2016 di persimpangan lampu isyarat berhampiran sebuah pasar raya di Tudan.

Bill Kayong, 43, atau nama Islamnya Mohd Hasbie Abdullah maut ditempat kejadian ketika memandu pikap akibat terkena tembakan di leher menggunakan senapang patah.

Semasa keputusan dibacakan, Fitri yang berada dalam kandang tertuduh kelihatan tenang sambil menundukkan kepalanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nur Nisla Abdul Latif manakala tertuduh diwakili peguambela Ranbir Singh, Orlando Chua dan Arthur Lee.

  • oleh
  • Advertisement