Anda di sini

Bekas banduan ugut isteri didenda, penjara

Advertisement

MIRI: Seorang bekas banduan didenda RM4,000 atau tiga bulan penjara oleh Mahkamah Majistret kerana kesalahan melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya.

Alisetin Lumpong, 35, dari Pujut 2C di sini telah didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan pertuduhan kes, tertuduh didapati telah melakukan ugutan jenayah terhadap isterinya, Crancy Ramba, 34, dengan mengugut hendak membunuh mangsa dengan niat menakutkan isterinya itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu pada jam 12.30 tengah hari, 7 Ogos lalu di sebuah kedai di Saberkas di sini.

Di hadapan mahkamah, tertuduh merayu hukuman diringankan memandangkan dia perlu menghantar anak tunggalnya yang berusia 13 tahun ke sekolah setiap hari.

Pendakwaan dilakukan Inspektor Mohd Khairi Mohd Noor di hadapan Majistret Zuraini Ali Musa.

Advertisement