Anda di sini

Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas mengeratkan silaturahim

Advertisement
 Gelang emas, salah satu acara yang menceriakan Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas peringkat Daerah Bau.
SUKANEKA: Gelang emas, salah satu acara yang menceriakan Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas peringkat Daerah Bau.

PELAKSANAAN Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas peringkat Daerah Bau di Sekolah Kebangsaan (SK) Grogo, baru-baru ini mampu mengeratkan silaturahim dan mewujudkan pelajar serta guru yang berdaya saing.

Kerjasama padu antara Suruhanjaya Perhidmatan Pelajaran Cawangan Sarawak, sekolah dan Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) pula telah memastikan kejayaan program, demikian kata Penolong Penyelia Unit Pengurusan Sekolah merangkap Pegawai Meja Pendidikan Khas Boreh Robot dalam ucapannya pada perasmian program tersebut.

Beliau melahirkan harapan agar program seperti ini dapat dijalankan di luar sekolah dan pihak penganjur berusaha mencari dana untuk melaksanakan program sama pada masa akan datang

“Kejayaan program ini adalah kegembiraan bagi guru, ibu bapa dan juga komuniti luar yang terlibat,” kata Boreh.

 Warga sekolah, PDK dan Kelab Rekreasi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Cawangan Sarawak bergambar bersama.
SERASI: Warga sekolah, PDK dan Kelab Rekreasi Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) Cawangan Sarawak bergambar bersama.

Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas peringkat Daerah Bau melibatkan SK Grogo, SK Tembawang, SK Bau dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bau serta PDK Bau, PDK Singai, PDK Seniawan, PDK Serasot dan PDK Duyoh.

Bagi Guru Besar SK Grogo Bau, Lusi Lottey pula, beliau bangga kerana penganjur mampu mendepani pelbagai cabaran dan kekurangan dalam menjayakan program sehingga berjaya.

Pelbagai aktiviti dijayakan penganjur seperti sukaneka, mencari harta karun, senamrobik dan cabutan tiket bertuah.

“Tahniah dan syabas kepada pihak penganjur Program Pendidikan Khas SK Grogo dengan kerjasama Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Cawangan Sarawak,” kata Lusi dalam ucapannya pada penutupan program.

 MBK menerima hadiah untuk aktiviti dan kreativiti yang disertai.
TAHNIAH: MBK menerima hadiah untuk aktiviti dan kreativiti yang disertai.
 Para peserta menyertai acara mencari harta karun yang dinamakan Musang Berjanggut.
TEKUN: Para peserta menyertai acara mencari harta karun yang dinamakan Musang Berjanggut.

Sementara itu, objektif penganjuran program ialah untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak pengurusan Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), PDK daerah Bau dan ibu bapa MBK.

Program juga bertujuan menggalakkan kerjasama dan penglibatan diri secara aktif MBK melalui aktiviti yang dijalankan selain memupuk hubungan silaturahim dan semangat setia kawan MBK.

 Salah seorang peserta menerima sijil atas penglibatan menjayakan Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas peringkat Daerah Bau.
BANGGA: Salah seorang peserta menerima sijil atas penglibatan menjayakan Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas peringkat Daerah Bau.

Selain itu, program tersebut diharap mampu mencungkil potensi dan bakat MBK menerusi penyertaan murid-murid PPKI dan PDK dalam aktiviti yang dilaksanakan.

Aktiviti-aktiviti pada Program Jalinan Kasih Pendidikan Khas ini juga diharap dapat memupuk perasaan dihargai dan tidak terabai dalam masyarakat selain menyemai perasaan yakin diri dalam diri warga MBK untuk tampil seiring dan ke hadapan seperti murid-murid normal yang lain.

  • oleh
  • Advertisement