Anda di sini

‘Seperti Mereka’ single terbaharu Ruffedge

Advertisement
__alt__

KUMPULAN Ruffedge kembali mencuri perhatian peminat apabila muncul membuat persembahan di majlis Anugerah MeleTOP Era 2018 pada awal tahun ini selepas sekian lama hilang dari persada seni.

Kemunculan semula Ruffedge menimbulkan suasana keterujaan di kalangan peminat muzik tanah air, lebih-lebih lagi apabila Ruffedge mengumumkan penganjuran konsert perdana mereka ‘Ruffedge: 20th Anniver-sary’ yang diadakan di KL Live pada 4 Ogos lepas.

Sebagai pelengkap episod kemunculan semula mereka di persada muzik tempatan, single ‘Seperti Mereka’ dirakam khas untuk peminat setia Ruffedge yang merindui karya terbaru daripada mereka.

Di zaman kegemilangan mereka, kumpulan yang dianggotai oleh Cat Farish, Azan, Zain, Mode, Sein dan Amir ini pernah popular menerusi lagu-lagu seperti Tipah Tertipu, Bila Rindu, Goyang, Khayalan, Da’ Bomb, Lemas dan banyak lagi.

Kumpulan yang mendukung genre R&B dan hip hop sejak awal kemunculan mereka pada tahun 1998 ini, tetap mengekalkan genre muzik yang sama dalam ‘Seperti Mereka’.

Lagu yang mengangkat tema cinta ini diberikan sentuhan muzik R&B soul seperti lagu hit mereka terdahulu ‘Bila Rindu’. Single pertama Ruffedge selepas 10 tahun ini merupakan hasil ciptaan penuh anggota kumpulan itu sendiri iaitu Azan Addin.

‘Seperti Mereka’ merupakan single terbitan MKZ Network dengan kerjasama Warner Music Malaysia sebagai pengedar.

Single ini boleh didapati di kesemua pelantar digital seperti Spotify, iTunes, KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music.

Advertisement