Anda di sini

Kapal Equanimity tiba Terminal Boustead Cruise Centre Klang

Advertisement
Kapal mewah 'The Equanimity' milik Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang hari ini. - Bernama
Kapal mewah 'The Equanimity' milik Jho Low tiba di Terminal Boustead Cruise Centre, Pelabuhan Klang hari ini. - Bernama

PELABUHAN KLANG: Kapal mewah 'Equanimity' yang dikaitkan dengan ahli perniagaan kontroversi Low Taek Jho atau Jho Low yang berlabuh di Terminal Boustead Cruise Centre, di sini, tengah hari ini telah disita secara teratur di bawah undang-undang Malaysia. 

Kapal berkenaan tiba di terminal itu pada 12.35 tengah hari diiringi empat bot peronda Polis Marin. 

Lebih 50 wakil media asing dan tempatan daripada pelbagai pertubuhan media memenuhi  ruang terminal jeti antarabangsa itu menanti ketibaan kapal mewah dan canggih itu yang dianggarkan berharga RM1 bilion.

Kapal sepanjang 91.5 meter itu membawa 12 anak kapal termasuk kapten kapal.

Selepas berlabuh, kapal berkenaan seterusnya menjalani prosedur pemeriksaan yang dilakukan oleh petugas Mahkamah Tinggi, Pejabat Peguam Negara, Jabatan Kastam Diraja Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia yang dijangka mengambil masa satu jam.

Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan menghampiri kapal berkenaan dan hanya dibenarkan mengambil video dan gambar dari jarak jauh. 

Turut kelihatan di terminal jeti ialah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Kapal itu dikatakan mula berlayar dari kepulauan Batam, Indonesia semalam selepas dilaporkan diserahkan kepada pegawai kanan Polis Marin Malaysia di sana (Batam).

Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di Putrajaya hari ini berkata Jabatan Peguam Negara telah menggunakan bidang kuasa admiraliti Mahkamah Tinggi Malaya terhadap kapal itu dan pada Isnin (6 Ogos) mahkamah telah mengeluarkan waran penahanan terhadap kapal itu.     

Kapal mewah itu dipercayai sebahagian daripada aset yang dibeli  menggunakan dana 1Malaysia Berhad Development (1MDB). Pihak berkuasa antarabangsa masih memburu Jho Low yang dikatakan pemilik kapal itu.

Semalam, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengucapkan terima kasih kepada Presiden Indonesia Joko Widodo dan kerajaan negara itu atas bantuan mereka dalam menyerahkan ‘Equanimity’ yang dirampas pihak berkuasa republik itu kepada Malaysia.

Kapal itu disita di Bali pada Februari atas permintaan Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DOJ) namun pada April mahkamah Indonesia memutuskan pihak Indonesia tidak boleh bertindak sedemikian dan kapal itu perlu dikembalikan kepada pemiliknya.

Bagaimanapun kerajaan Indonesia merampasnya sekali lagi pada Julai. - Bernama
 
INFOGRAFIK: Equanimity tiba di Malaysia

Pihak media bagaimanapun tidak dibenarkan menghampiri kapal berkenaan dan hanya dibenarkan mengambil video dan gambar dari jarak jauh. 

Turut kelihatan di terminal jeti ialah Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman Datuk Abdul Hamid Bador.

Kapal itu dikatakan mula belayar dari kepulauan Batam, Indonesia semalam selepas dilaporkan diserahkan kepada pegawai kanan Polis Marin Malaysia di sana (Batam).