Anda di sini

YNJ beri sumbangan kepada 100 penerima

Advertisement
TOH Puan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.
TOH Puan menyampaikan sumbangan kepada salah seorang penerima.

KOTA KINABALU: Yayasan Nur Jauhar (YNJ) hari ini menyampaikan sumbangan kepada 100 penerima dari Penampang, terdiri daripada Orang Kurang Upaya, ibu tunggal dan penerima asnaf.

Penasihat YNJ Toh Puan Norlidah R.M. Jasni menyampaikan sumbangan itu berupa wang tunai, barangan asas dan keperluan harian.

Dalam ucapannya, Norlidah berkata sumbangan melalui program Ziarah Kasih Sayang YNJ itu diberikan kepada penerima yang telah dikenal pasti oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

"Yayasan ini juga akan memberi sumbangan untuk pembaikan balai raya kampung Penampang Proper yang digunakan kira-kira 150 penduduk untuk pelbagai aktiviti harian dan mingguan," katanya.

Norlidah berkata sejak YNJ ditubuhkan pada 13 Jan 2012, yayasan berkenaan telah menjelajah ke seluruh Sabah  dalam usaha membangunkan masyarakat sejahtera.

Sementara itu, penerima Yong Tai@Rita Yong, 86,  yang kematian suami sejak 20 tahun lalu dan hanya bergantung pendapatan kepada pencen mendiang suaminya, sangat berbesar hati kerana diberi bantuan berkenaan.

“Saya tidak ada anak cuma ada anak angkat yang menjaga saya pada masa kini," katanya yang juga penghidap diebetes.-Bernama.

Advertisement