Anda di sini

ERA ke-20 kongsi rezeki bersama warga Titian Kaseh

Advertisement
 Foto kenangan penyampai radio Era, artis-artis dengan warga Titian Kaseh pada majlis kesyukuran sempena ulang tahun Era ke-20. — Gambar Bernama
SAMBUTAN ULANG TAHUN ERA KE-20: Foto kenangan penyampai radio Era, artis-artis dengan warga Titian Kaseh pada majlis kesyukuran sempena ulang tahun Era ke-20. — Gambar Bernama

STESEN radio ERA mengadakan majlis kesyukuran bersempena meraikan ulang tahun yang ke-20 di Rumah Titian Kaseh, Kuala Lumpur baru-baru ini.

ERA telah mencapai satu lagi kejayaan yang membanggakan dalam sejarah penubuhannya dengan sambutan ulang tahun pada bulan ini.

Sementara itu penyampai radio yang popular, Dina Nadzir sewaktu ditemui berkata lokasinya yang sangat strategik dan mudah dikunjungi menjadikan Rumah Titian Kaseh itu dipilih untuk bersama-sama berkongsi rezeki dan kegembiraan.

“Kita harap ini satu kesempatan untuk kita adakan majlis di sini dengan keadaan rumahnya yang selesa. Alang-alang kita ingin membuat majlis kesyukuran, dapatlah kita beramal sekali,” jelasnya.

Sambutan ulang tahun ERA kali ini dilihat lebih realistik dan bersederhana dalam menzahirkan rasa syukur bagi tahun yang ke-20.

BACAAN DOA

Majlis kesyukuran tersebut diserikan lagi dengan bacaan doa yang diketuai oleh Pencetus Ummah Taha serta warga Rumah Titian Kaseh.

Dengan kehadiran rakan artis terkenal tanah air dan penyediaan juadah yang lazat membuatkan warga Rumah Titian Kaseh berasa sangat teruja dan mengharapkan agar program sebegini diadakan dengan lebih kerap, kata salah seorang penghuni rumah tersebut.

Turut hadir bersama di majlis tersebut adalah rakan selebriti seperti Shiha Zikir, Wani, Aman AF, Megat Rahim, penyampai-penyampai radio ERA, serta ramai lagi. — Bernama

  • oleh
  • Advertisement