Anda di sini

Teater muzikal ‘Mamma Mia!’ di Kingwood Sibu pada 25 Ogos ini

Advertisement
 Charles (duduk, tiga kiri) merakam kenangan bersama yang lain selepas mempengerusikan mesyuarat teater muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Sibu semalam.
PENGANJURAN: Charles (duduk, tiga kiri) merakam kenangan bersama yang lain selepas mempengerusikan mesyuarat teater muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Sibu semalam.

SIBU: Majlis Seni Sarawak, Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak dengan kerjasama Pejabat Residen Sibu akan menganjurkan teater muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’ di Hotel Kingwood, Sibu pada 25 Ogos, jam 8.30 malam.

Residen Sibu Charles Siaw berkata, teater muzi-kal akan dipersembahkan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak (SONS).

“Orang ramai tanpa mengira usia dijemput datang beramai-ramai menyaksikan persemba-han teater muzikal. Tiket percuma boleh didapati selepas 10 Ogos ini.

“Tiket percuma boleh diperolehi di Pusat Transformasi Bandar (UTC) Sibu, Pejabat Daerah Sibu di Tingkat 4 Kompleks Islam Sibu dan Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Bahagian Sibu di Stadium Tun Zaidi,” jelasnya.

Ketika ditemui pada sidang media di bilik mesyuarat Pejabat Residen Sibu semalam Charles berkata, 1,000 tiket masuk percuma untuk teater muzikal ini.

“Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan sendiri persembahan pertama kalinya di Sibu teater muzikal ‘Mamma Mia! - The Musical’,” ujarnya.

Charles berkata, objektif program bertujuan untuk memperkenalkan Simfoni Orkestra Negeri Sarawak, di samping mengeratkan hubungan kerjasama dengan agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan (NGO).

Teater itu dijangka dihadiri Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dan isteri Datin Patinggi Dato Juma’ani Tuanku Bujang.

Turut dijangka hadir ialah Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

  • oleh
  • Advertisement