Anda di sini

Sambutan Hari Orang Asal Sedunia pada 8-9 Ogos

Advertisement
TANGAU (tengah) berbincang dengan Wences (2 dari kiri) mengenai persiapan penganjuran Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2018.
TANGAU (tengah) berbincang dengan Wences (2 dari kiri) mengenai persiapan penganjuran Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2018.

KOTA KINABALU: Buat pertama kali kerajaan negeri menganjurkan Sambutan Hari Orang Asal Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2018, yang akan diadakan pada 8 hingga 9 Ogos, bertempat di Dewan Masyarakat, Pekan Kiulu, Tuaran.

Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau berkata, sambutan itu diadakan untuk memberi peluang kepada orang asal di Malaysia yang terdapat di Sabah untuk menghormati, mempelajari dan menghayati kehidupan orang asal.

"Ia meliputi identiti, sejarah, hak asasi, sosioekonomi, sosiopolitik, keusahawanan, pengetahuan tradisi, kraftangan, pakaian, adat-istiadat, kerohanian dan sebagainya," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tangau yang juga Menteri Perdagangan dan Perindustrian berkata, Sambutan Orang Asal Sedunia disambut pada 9 Ogos setiap tahun.

Katanya, sambutan itu dianjurkan bersama Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun dan Murut (UPKO) selaku sekatariat dengan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan seperti Jabatan Muzium Sabah, Jabatan Arkib Negeri Sabah, Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah (LKNS) serta Majlis Gabungan Persatuan Etnik Bumiputera Sabah (MAGEBS).

"Penganjuran ini bertujuan untuk memberi ruang kepada pelbagai program dan aktiviti yang memperlihatkan keunikan budaya, kehidupan dan pengetahuan tradisi serta masakan masyarakat orang asal di Sabah," katanya.

Tangau, yang juga Presiden UPKO berkata, sambutan itu akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Mohd. Shafie Haji Apdal pada 9 Ogos.

Katanya, acara dua hari itu dijangka akan dihadiri oleh pemimpin dan personalti orang asal, wakil persatuan etnik seluruh Sabah.

"Kita juga menyasarkan kira-kira 5,000 pengunjung akan hadir termasuk jemputan khas daripada Consulate of The Republic of Seychelles, British High Commisioner Kuala Lumpur, UNDP, US Embassy Kuala Lumpur, Konsul Jenderal Indonesia dan Suhakam Sabah.

  • oleh
  • Advertisement