Anda di sini

Persenda nama menteri, Warisan Silam mahu tindakan tegas diambil

Advertisement
ROSLI (tengah) menunjukkan salinan laporan.
ROSLI (tengah) menunjukkan salinan laporan.

LAHAD DATU: Satu laporan polis dibuat ke atas pemilik laman media sosial facebook kerana mengeluarkan kenyataan komen mempersendakan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Datuk Mohammadin Ketapi.

Aduan tersebut dibuat Ketua Penerangan Parti Warisan Sabah Bahagian Silam, Rosli Miting di Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu pada Khamis jam 11.59 pagi setelah pemilik akaun Mohd Faizal atau Mutalib Uthman memberi komen mempersendakan nama bapa menteri tersebut.

"Dalam komennya, penama Mohd Faizal atau Mutalib Uthman dengan jelas mempersendakan Ketua Bahagian Silam kami dan kerana berasa kurang senang dengan komen tersebut, saya tampil membuat laporan polis," katanya.

Rosli menggesa pihak berkuasa yang berkenaan bertindak tegas terhadap pemilik akaun tersebut dengan segera dan berharap pengguna laman sosial dapat memanfaatkan kemudahan laman sosial untuk kebaikan.

Turut mengiringi Rosli Setiausaha Bahagian Silam Kassim Malan, Ketua Penerangan Wira Bahagian Sayed Idrus, Setiausaha Wira Bahagian Mohd Riduan Taufek.

  • oleh
  • Advertisement