Anda di sini

FMU Kuba’an-Puak tapak projek perintis teroka, bangun model SFM

Advertisement
 Hamden (tengah) melihat kandungan buku mengenai Kuba’an-Puak yang dilancarkan semalam. Turut kelihatan Henry (kanan) serta tiga orang komuniti Penan (dari kiri) Cherry Gadung, Jeffrey Moyong dan Asai Barat. — Gambar Chimon Upon
RUJUKAN PENTING: Hamden (tengah) melihat kandungan buku mengenai Kuba’an-Puak yang dilancarkan semalam. Turut kelihatan Henry (kanan) serta tiga orang komuniti Penan (dari kiri) Cherry Gadung, Jeffrey Moyong dan Asai Barat. — Gambar Chimon Upon

KUCHING: Unit Pengurusan Hutan (FMU) Kuba’an-Puak dalam bahagian Miri dijadikan sebagai tapak projek perintis untuk meneroka dan membangunkan sebuah model Pengurusan Hutan Lestari (SFM) di Sarawak.

Pengarah Jabatan Hutan Sara-wak Hamden Mohammad berkata projek itu merupakan kerjasama antara jabatan dengan WWF-Malaysia, Sarawak Fo-restry Corporation (SFC) dan Pusat Komunikasi dan Maklumat Komuniti.

“Jabatan berterima kasih kepada Kementerian Pemakanan dan Pertanian Persekutuan Jerman kerana membiayai projek ini yang menggalakkan konsep SFM.

“Projek ini adalah berdasarkan penyelidikan, pembangunan kapasiti dan pemerkasaan terhadap SFM kepada pihak berkepen-tingan termasuk komuniti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan buku ‘The Kuba’an-Puak Story: Journey Towards A Green Corriodor’ di sebuah hotel terkemuka di sini semalam.

Bercakap mengenai buku ter-sebut, Hamden berkata ia me-ngandungi cerita dari Kuba’an-Puak daripada komuniti orang asal dengan memberi tumpuan kepada orang Penan dan hubungan rapat mereka dengan alam semula jadi dan sumbangan dalam pengurusan hutan lestari atau SFM.

Buku ini diterbitkan bersama Jabatan Hutan Sarawak dan WWF-Malaysia dengan sokongan Kementerian Pemakanan dan Pertanian Persekutuan Jerman sempena Persidangan Perhutanan Malaysia Ke-18 di hotel yang sama.

“Kami berharap melalui buku ini, orang ramai dapat melihat kepentingan hutan kita dan bagaimana kita dapat dan patut memelihara hutan secara lestari.

“Hutan-hutan di Kuba’an-Puak bukan hanya untuk orang Penan dan orang Sarawak, tetapi apa yang kami lakukan akan memberi manfaat dan mewujudkan kesan positif untuk komuniti antarabangsa,” katanya.

Kawasan projek Kuba’an-Puak yang terletak dalam bahagian Miri merangkumi 360,000 hektar, meliputi banyak FMU antaranya Taman Negara Mulu dan Taman Negara Pulong Tau.

Projek ini adalah sebahagian daripada inisiatif Koridor Jantung Borneo atau Heart of Borneo.

Buku ini dijual pada harga RM150 senaskhah di pejabat WWF-Malaysia di Kuching yang terletak di Tingkat 7, Bangunan Binamas, Jalan Padungan dan ibu pejabat di Pusat Komersial Petaling Jaya.

Untuk pembelian dan tempahan buku boleh kunjungi WWF-Malaysia di alamat di atas pada waktu pejabat dari Isnin hingga Jumaat atau e-mel kepada [email protected] bermula pertengahan Ogos ini.

Turut hadir pada pelancaran buku tersebut, Pengarah Pemuliharaan WWF-Malaysia Dr Henry Chan dan Ahli Lembaga Pengarah Robert Basiuk.

Advertisement