Anda di sini

Bunuh: Wanita ditemui mati dengan kaki, tangan diikat

Advertisement
Pihak polis sedang menjalankan siasatan  di lokasi kejadian petang tadi.
Pihak polis sedang menjalankan siasatan di lokasi kejadian petang tadi.
Mayat mangsa diangkat anggota polis untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi bedah siasat
Mayat mangsa diangkat anggota polis untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi bedah siasat

SIBU: Seorang penjawat awam ditemukan mati dalam keadaan kaki dan tangan diikat di bilik sewa di Jalan Tiong Hua, kira-kira pukul 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah SIBU, ACP Stanley Jonathan Ringgit, berkata, berkata sepasukan anggota polis dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan siasatan sebaik menerima panggilan mengenai mangsa, Nurnia Azalea Priscilla Edward, 26, yang berasal dari Kanowit.
 
"Buat masa ini, pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, pemeriksaan polis menemui mangsa di tepi katil atas lantai dengan tangan diikat ke belakang, dipercayai dibunuh.

Difahamkan, mangsa tinggal seorang diri memandangkan suaminya bekerja sebagai kerani di sebuah sekolah di Tatau.

Sebelum kejadian, menurut seorang rakan sekerja, suaminya mencari isterinya di pejabatnya Pusat Transformasi Bandar (UTC) tengah hari tadi.

Susulan itu, beberapa rakan sekerja mangsa pergi ke rumah sewa untuk mencari mangsa sebelum menemui mayat mangsa di atas lantai sekitar jam 3 petang.

Suami mangsa, 29, yang tiba di lokasi kejadian tidak dapat menerima hakikat dan mengawal perasaan terpaksa ditenangkan oleh pihak polis.

Mangsa dan suaminya telah berkahwin lebih kurang setahun dan belum mempunyai cahaya mata.

Stanley berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Sibu untuk dibedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
 

  • oleh
  • Advertisement