Anda di sini

100 warga Igan di Sibu berkumpul erat silaturahim

Advertisement
 Antara warga Igan yang hadir pada Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu.
ERAT HUBUNGAN: Antara warga Igan yang hadir pada Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu.

HAMPIR 100 orang terdiri daripada warga Igan dan ahli keluarga mereka telah menghadiri Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu di DADS Cafe, Sungai Merah di Sibu, baru-baru ini.

Pengerusi Persatuan Anak Jati Kampung Igan (PAJKI), Anis Ili berkata, majlis diadakan untuk merapatkan hubungan antara warga Igan yang berada di bandar Sibu.

 Anis (dua kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu. Turut kelihatan Rais (dua kanan), Justani (kiri).
TETAMU KEHORMAT: Anis (dua kiri) bersama tetamu kehormat yang hadir pada Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu. Turut kelihatan Rais (dua kanan), Justani (kiri).

Selain itu katanya, ia juga memberi peluang kepada masyarakat Igan di Sibu untuk bersuai kenal dan mengenali antara satu sama lain.

“Ramai orang Igan di Sibu yang bekerja dan bermastautin di sini tetapi tidak mengenali antara satu sama lain, terutamanya generasi muda,” ujarnya.

 Anis (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada waris ahli PAJKI.
SUMBANGAN: Anis (dua kanan) menyampaikan sumbangan kepada waris ahli PAJKI.

Hadir sama pada majlis itu ialah Pegawai Kesihatan Bahagian Sibu, Muhamad Rais Abdullah serta Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu, Justani Joni.

Dalam pada itu, Anis turut menyeru warga Igan yang bekerja serta menetap di Sibu agar mendaftar menjadi ahli PAJKI.

Majlis dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti termasuk cabutan bertuah serta makan malam.

Turut berlangsung ialah penyampaian sumbangan buat waris ahli PAJKI yang meninggal dunia.

 Warga Igan menjamu selera pada Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu di Sibu, baru-baru ini.
JAMU SELERA: Warga Igan menjamu selera pada Majlis Silaturrahim Likew Igan Kubu di Sibu, baru-baru ini.
  • oleh
  • Advertisement