Anda di sini

Nur Fazura & Fattah Amin menang besar di Anugerah Telenovela 2018

Advertisement
FATTAH AMIN & NUR FAZURA
FATTAH AMIN & NUR FAZURA

ANUGERAH Telenovela 2018 yang diadakan di Plenary Hall Convention Centre (KLCC) pada Sabtu lepas melihat pasangan suami isteri Fattah Amin dan Nur Fazura menang besar dalam kesemua kategori yang mencalonkan mereka berdua.

Dua drama lakonan Nur Fazura dan Fattah Amin iaitu ‘Hero Seorang Cinderella’ dan ‘Wanita Terindah’ masing-masing membawa pulang trofi menerusi kategori Novel Popular dan Telefilem Popular.

Fazura dan Fattah yang tidak dapat hadir pada acara itu turut menang anugerah dalam Pelakon Lelaki Telenovela Popular, Pelakon Wanita Telenovela Popular, Pelakon Lelaki Telefilem Popular dan Pelakon Wanita Telefilem Popular.

Sementara itu, Emma Maembong dianugerahkan sebagai Ratu Telenovela Serba Dinamik 2018 untuk tahun kedua berturut-turut.

Emma juga turut memenangi anugerah Pelakon Serba Dinamik dan Komited 2018 menerusi ‘Awak Suka Saya Tak’ dan filem ‘Kimchi Untuk Awak’.

Pelakon yang membintangi filem ‘Kau Yang Satu’, Izara Aishah menerima anugerah Pelakon Wanita Filem Terbaik manakala Jalil Hamid membawa pulang anugerah Pelakon Lelaki Filem Terbaik menerusi ‘Bisik Pada Langit’.

Turut menang pada malam itu adalah Aeril Zafrel dan Siti Saleha dalam kategori Pelakon Lelaki dan Wanita Telenovela Terbaik menerusi drama bersiri ‘Mandatori’ yang turut dinobatkan sebagai Telenovela Terbaik.

‘Mandatori’, sebuah terbitan Astro dan Ideate Media turut menang dalam kategori Pengarah Terbaik dan Penulis Skrip Terbaik.

Filem ‘Tombiruo: Penunggu Rimba’ terbitan Astro Shaw menang dalam kategori Filem Terbaik, Pengarah Filem Terbaik, Penulis Skrip Filem Terbaik dan lagu OST Filem Terbaik.

Anugerah Khas yang terdiri daripada Primadona Telenovela diberikan kepada Fauziah Datuk Ahmad Daud, Datuk Abdul Rahim Mohd Razali trofi Seniman Lagenda sementara produser, Othman Hafsham serta dan Datuk Rosnani Jamil menerima anugerah Tokoh Seniman dan Seniwati.

Anugerah Telenovela 2018 dihoskan oleh Cody Tan dan Natasha Charmaine dengan artis jemputan termasuk Asfan Shah, Ippo Hafiz, Aman Aziz, Firman Hyper Act, Liya Banks, Afif Tirmizie, Neera Azizi dan Arill Fesol.

Acara anugerah itu melihat 46 kategori diper-tandingkan melibatkan 32 drama atau telenovela, empat telefilem dan lima filem popular yang diang-kat daripada novel atau karya yang dibukukan.

Senarai penuh pemenang Anugerah Telenovela 2018

KATEGORI POPULAR

1. Novel Popular – Wanita Terindah

2. Telenovela Popular – Hero Seorang Cinderella

3. Telefilem/Filem Popular – Wanita Terindah

4. Pelakon Lelaki Telenovela Popular – Fattah Amin

5. Pelakon Wanita Telenovela Popular – Nur Fazura

6. Pelakon Lelaki Telefilem/Filem Popular – Fattah Amin

7. Pelakon Wanita Telefilem/Filem Popular – Nur Fazura

KATEGORI TERBAIK

8. Novel Adaptasi Terbaik – Dia (Terbitan Karyaseni Sdn Bhd)

9. Novelis Terbaik – Syamnuriezmil (Perempuan Paling Bahagia)

10. Novel Terbaik – Perempuan Paling Bahagia

11. Telenovela Terbaik – Mandatori

12. Pelakon Lelaki Telenovela Terbaik – Aeril Zafrel

13. Pelakon Wanita Telenovela Terbaik – Siti Saleha

14. Pengarah Telenovela Terbaik – Razaisyam Rashid

15. Penulis Skrip Telenovela Terbaik – Alfie Palermo, Yasmin Yaacob, Na’a Murad, Khairul Nizam Ablah, Ashraf Zain, Shamaine Othman, Adib Zaini dan Aziz Salim

16. Penerbit Novel Terbaik – Terbitan Karyaseni Sdn Bhd

17. Lagu Tema Telenovela Terbaik – Bahagia Kasihmu (Ippo Hafiz)

18. Filem Terbaik – Tombirou: Penunggu Rimba

19. Pelakon Lelaki Filem Terbaik – Jalil Hamid

20. Pelakon Wanita Filem Terbaik – Izara Aishah

21. Pengarah Filem Terbaik – Seth Larney

22. Penulis Skrip Filem Terbaik – Yasmin Yaakob & Choong Chi Ren

23. Lagu OST Filem Terbaik – Ribut Hati (Aina, Tombirou: Penunggu Rimba)

24. Telefilem Terbaik – Srengenge

25. Pengarah Telefilem Terbaik – Mahuddin Ibrahim

26. Penulis Skrip Telefilem Terbaik – Wan Mahani Wan Hassan

27. Pelakon Kanak-Kanak Telenovela Terbaik – Nik Adam Mika

28. Pelakon Kanak-Kanak Filem Terbaik – Mohd Arif Abdullah (Jibam)

29. Pelakon Kanak-Kanak Telefilem Terbaik – Zara Sophia

30. Pelakon Veteran Filem Terbaik – Bohari Ibrahim

31. Lakonan Sokongan Mantap – Zarynn Min

32. Pelakon Serba Dinamik dan Komited – Emma Maembong

33. Stesen Penyiar Telenovela Prolifik – Astro

34. Penerbit Telenovela Prolifik – Global Station

35. Peneraju Penulisan Skrip Adaptasi Novel ke Telenovela – Rozie Ashid

ANUGERAH KHAS

36. Primadona Telenovela – Fauziah Datuk Ahmad Daud

37. Seniman Lagenda – Datuk Abdul Rahim Mohd Razali

38. Tokoh Seniman – Othman Hafsham

39. Tokoh Seniwati – Datuk Rosnani Jamil

40. Tokoh Industri Kreatif – Bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) Datuk Kamil Othman

41. Ratu Telenovela Serba Dinamik  – Emma Maembong

Advertisement