Anda di sini

Malam penutupan BCF 2018 memukau ribuan pengunjung

Advertisement
 Abdul Karim (tiga kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming. Kumpulan Syarikat KTS merupakan salah sebuah syarikat yang menaja penganjuran BCF 2018.
TERIMA KASIH: Abdul Karim (tiga kiri) menyampaikan sijil penghargaan kepada Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan Syarikat KTS Temenggung Dato Vincent Lau Lee Ming. Kumpulan Syarikat KTS merupakan salah sebuah syarikat yang menaja penganjuran BCF 2018.

KEUNIKAN dan kepelbagaian persembahan kebudayaan pada malam penutupan Pesta Kebudayaan Borneo (BCF) 2018 berjaya memukau ribuan pengunjung yang membanjiri Dataran Bandar Sibu Fasa I, baru-baru ini.

Kemeriahan dan warna-warni pesta itu bukan sahaja disaksikan oleh pengunjung tempatan, malah turut berjaya menarik kunjungan penduduk dari luar kawasan Sibu termasuk pelancong asing.

Pentas utama dihangatkan dengan persembahan pertama daripada kumpulan Rockschool Band dengan nyanyian lagunya Sanggup Nganti dari album Taju Remaong.

 Hing Hua dari Putian Cultural Group tampil dengan persembahan opera.
DRAMA: Hing Hua dari Putian Cultural Group tampil dengan persembahan opera.

Pentas akhir BCF seterusnya dimeriahkan dengan persembahan sape yang dimainkan oleh pasangan adik-beradik iaitu Asyalynna Limang dan Angelynna Julan Kackery yang mendendangkan tiga lagu iaitu Leleng, Datun Julud dan Love Song.

Tidak terhenti di situ sahaja, pentas akhir BCF diteruskan dengan persembahan memukau daripada Color of Indonesia yang mempersembahkan tarian Papua Bettle Dance dan disusuli persembahan nyanyian penuh bertenaga oleh Tiong Suh Lee.

 Tandak Remang SMK Tatau mempersembahkan tarian dengan penuh semangat.
PENUH GAH: Tandak Remang SMK Tatau mempersembahkan tarian dengan penuh semangat.

Kumpulan Bamboo Wood yang membuat persembahan seterusnya hadir dengan empat persembahan lagu bersama muzik tradisional iaitu Kasorou Kopo Nangku Doho, Gurindam 12, Jambatan Tamparuli dan Pinggisaman.

 Barisan tetamu kehormat menyaksikan pertunjukkan bunga api.
PENUTUP: Barisan tetamu kehormat menyaksikan pertunjukkan bunga api.

Para pengunjung terus disajikan dengan pelbagai persembahan kebudayaan yang unik antaranya tarian Cina dari SJK Su Lai, tarian kebudayaan Leko Dadok Kanjet Ajai dari Tandak Remang SMK Tatau, Hing Hua Opera dari Putian Cultural Group, persembahan artis Iban Fylix Francis dengan lagunya Nganti Nuan, dan tarian Inang Uda Dara dari kumpulan Akar Nanding SMK Pakan.

Pengunjung juga berpeluang menyaksikan sendiri keunikan tarian kebudayaan Thailand iaitu Boronnakhadi yang dibawakan oleh Absolutely Thai dari Thailand.

 Pertunjukan bunga api menandakan berakhirnya BCF 2018.
MEMPESONA: Pertunjukan bunga api menandakan berakhirnya BCF 2018.

Antara persembahan lain yang turut berjaya memukau pengunjung ialah Ja’Aram Tai yang membawakan lagu Bayu Ke Dua sebelum diteruskan dengan persembahan Street Dance oleh Danger Crew.

Keterujaan pengunjung diteruskan dengan persembahan bunga api sebagai simbolik penutupan BCF Edisi-15 2018.

Turut hadir Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah, Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Hii Chang Kee Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu (MPS) Datuk Tiong Thai King yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Timbalan MPS Rogayah Jamain dan Residen Bahagian Sibu Charles Siaw.

  • oleh
  • Advertisement