Anda di sini

Zahirah MacWilson menepati konsep jenama Meeracle

Advertisement
 Zahirah MacWilson bergambar bersama Pengasas Produk Meeracle Meera Nordin (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq.
WAJAH BARU: Zahirah MacWilson bergambar bersama Pengasas Produk Meeracle Meera Nordin (tengah) dan Ketua Pegawai Eksekutif Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq.

PELAKON yang terkenal dengan drama di slot akasia TV3 ‘Jangan Benci Cintaku’, Zahirah Macwilson dilantik menjadi duta jenama Meeracle.

Selain dari penampilan Zahirah yang bersih serta mempunyai keyakinan yang tinggi, pemilihan aktres tersebut sebagai duta adalah kerana beliau menepati konsep jenama Meeracle yang “simple, urban dan expressive,” menurut Ketua Pegawai Eksekutif Edelsteen Sdn Bhd, Raja Mohd Nasrullah Haziq.

“Kempen ini dilancarkan bagi menarik minat lebih ramai wanita di luar sana untuk menggunakan Meeracle kerana ia bukan sahaja menjadi dari segi kecantikan, malahan menjadi dalam membantu wanita-wanita memulakan perniagaan yang berjaya,” katanya pada majlis pelancaran yang diadakan di Le Meridien Kuala Lumpur baru-baru ini.

Turut hadir pengasas produk Meeracle Meera Nordin.

Beliau yang turut melancarkan kempen terbaharu iaitu kempen ‘Menjadi Dengan Meeracle’ berkata, “Dengan pelantikan Zahirah sebagai duta, ditambah lagi dengan kempen tersebut kami yakin dapat meraih kepercayaan lebih ramai wanita di luar sana.”

Jenama itu kini sedang dalam proses akhir untuk mengeluarkan produk-produk yang bakal berada di pasaran pada bulan September untuk melengkapi set kecantikan Meeracle, katanya.

Zahirah yang turut menggunakan produk jenama itu berkata beliau berpuas hati dengan kualiti dan tindak balas produk terhadap kulit wajahnya.

Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan kehadiran tulang belakang Meeracle iaitu para ejen dan pengedar dari seluruh pelusuk negara.

Produk Meeracle ini boleh didapati melalui stokis yang berdaftar dengan harga berpatutan iaitu serum sebanyak RM79 dan Cleanser RM49. — Bernama

Advertisement