Anda di sini

Suami mengaku tidak bersalah cederakan isteri

Advertisement
 

KOTA KINABALU: Seorang lelaki tempatan berusia 46 tahun, berhadapan hukuman penjara apabila didakwa, menyebabkan cedera parah terhadap isterinya.

Junesemon Tinjau yang tidak tidak diwakili peguam, bagaimanapun mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Azreena Aziz.

Tertuduh dengan sengaja mencederakan mangsa berusia 43 tahun, dengan menggunakan dawai panas, ragum dan tukul besi yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan dilakukan pada 3 Mei jam 3 petang, di sebuah rumah tidak bernombor, Kampung Kelanggaan, daerah Kuala Penyu.

Jika sabit salah mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan, dihukum mengikut Seksyen 326 A kanun sama, pemenjaraan selama tempoh 20 tahun, denda atau sebat, atau dua daripadanya.

Bagaimanapun Seksyen 326 A kanun sama, memperuntukkan dua kali ganda tempoh hukuman maksimum.

JUNESEMON
JUNESEMON

Azreena menetapkan pengurusan kes pada 27 Ogos terhadap tertuduh, sementara tarikh perbicaraan 8 hingga 9 November.

Timbalan Pendakwaraya Husna Abdul Halim memberitahu, pihaknya akan memanggil kira-kira lima hingga enam saksi, memberikan keterangan nanti.

Sementara menunggu kes selesai, mahkamah membenarkan ikat jamin diberikan kepada Junesemon sebanyak RM10,000 dicagarkan dua penjamin tempatan.

  • oleh
  • Advertisement