Anda di sini

Misi mustahil terbaru Tom Cruise ungguli box office Amerika Utara

Advertisement
 Impossible -- Fallout’ mengungguli box office AS pada hujung minggu.  — Gambar AFP
UNGGULI CARTA: Gambar fail yang diambil pada 22 Julai 2018 menunjukkan Tom Cruise tiba untuk tayangan ‘Mission Impossible - Fallout’ di Washington, DC. ‘Mission: Impossible -- Fallout’ mengungguli box office AS pada hujung minggu. — Gambar AFP

MUSTAHIL? Mungkin, tetapi ‘Mission: Impossible -- Fallout’, edisi keenam dan penuh dengan lagak ngeri terbaru dalam francais aksi Tom Cruise telah mengungguli pecah panggung hujung minggu di Amerika Utara, mengatasi lima filem ‘Impossibles’ yang terdahulu.

Pengeluaran Paramount/Skydance memperolehi anggaran AS$61.5 juta untuk tayangan tiga hari pada hujung minggu, menurut pengesan industri Exhibitor Relations, lebih empat kali ganda daripada AS$15 juta yang diperolehi oleh ‘Mamma Mia! Here We Go Again’ di tempat kedua.

‘Impossible’ melihat Cruise yang berumur 56 tahun, yang dikenali tetap melakukan lagak ngerinya sendiri termasuk gantung cenuram, kereta bergolek dan sebagai-nya, diarahkan untuk mengesan beberapa plutonium hilang dan men-cari penjahat di sebalik semua keganasan itu.

Pengkritik kelihatan menyukai filem itu walaupun ketara ada kelemahan-kelemahannya dengan Washington Post menulis walaupun “sering tidak munasabah,” filem itu “bekerja dengan baik sekali.”

‘Mamma Mia’ yang dikeluarkan oleh Universal kekal di tempat kedua untuk satu hujung minggu kedua berturut-turut, walaupun perolehannya telah berkurangan hampir 60 peratus dari pembukaannya.

Dengan barisan bintang pelakon termasuk Meryl Streep, Amanda Seyfried, Colin Firth dan Pierce Brosnan, filem itu menggunakan ulang kembali yang banyak untuk menjelaskan karakter bebas Streep di sebuah pulau Greek  dengan di selang-seli oleh runut bunyi ABBA.

Di tempat ketiga ialah ‘The Equalizer 2’ dari, dengan Denzel Washington sekali lagi berlakon sebagai bekas ejen -- dan sekarang pemandu Lyft yang tidak suka menonjolkan diri -- tertarik kembali ke dalam aksi untuk membalas dendam kematian seorang sahabat. Ia memperolehi AS$14 juta.

Tempat keempat didu-duki oleh sebuah lagi filem Sony, ‘Hotel Transylvania 3: Summer Vacation’, dengan AS$12.3 juta.

Komedi animasi, yang pelakon suaranya termasuk Adam Sandler dan Selena Gomez, mengikuti Count Dracula dan keluarganya di mana mereka keluar dari hotel mereka untuk percutian mereka sendiri.

Di tempat kelima ialah satu keluaran baru, ‘Teen Titans Go! To the Movies’ yang mesra keluarga daripada Warner Bros.’, dengan kutipan pembukaan pada hujung minggu sebanyak AS$10.5 juta.

Filem cetera pertama berdasarkan satu siri animasi popular ‘Titans’ itu meminjam suara Kristen Bell, Will Arnett dan Greg Cipes untuk watak-wataknya.

Melengkapkan 10 filem yang teratas adalah ‘Ant-Man and the Wasp’ (AS$8.4 juta), ‘Incredibles 2’ (AS$7.2 juta), ‘Jurassic World: Fallen Kingdom’ (AS$6.8 juta), ‘Skyscraper’ (AS$5.4 juta), ‘The First Purge’ (AS$2.2 juta).

— AFP

Advertisement