Anda di sini

'Sabah Baru' dalam Utusan Borneo disambut baik pembaca

Advertisement
SHAFIE ketika dalam sidang media di Semporna baru-baru ini.
SHAFIE ketika dalam sidang media di Semporna baru-baru ini.

KOTA KINABALU: Pemimpin dan orang ramai menyambut baik penerbitan sisipan Sabah Baru dalam akhbar Utusan Borneo, seiring usaha kerajaan baharu negeri Sabah di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Mereka menyifatkan penerbitan sisipan berkenaan sebagai bertepatan, sesuai dengan slogan kerajaan negeri mendekati rakyat.

Beberapa pemimpin dan orang ramai yg ditemui berpendapat dengan adanya sisipan itu membolehkan rakyat mengetahui secara lebih mendalam perkembangan semasa dan usaha-usaha pembangunan yang dilaksanakan kerajaan.

Pembantu Menteri Pelajaran dan Inovasi Jenifer Lasimbang berkata, sisipan itu sudah pasti akan membantu kerajaan baharu melaporkan usaha-usaha yang telah dilakukan.

Katanya, ianya satu langkah positif ke arah untuk menyampaikan laporan berita kepada pembaca khususnya berkaitan dengan pencapaian yang telah dilakukan kerajaan baharu.

"Sisipan ini juga baik sekiranya disertakan rumusan aktiviti yang berjaya dilaksanakan oleh semua kementerian di Sabah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah (Warisan) Sepanggar Erzayani Opong berkata, laporan dalam Utusan Borneo ini satu perkembangan yang baik.

Katanya, segala maklumat berkaitan dengan pembangunan yang dilaksanakan kerajaan baharu dapat dipaparkan secara menyeluruh.

"Ia bukan sahaja melibatkan pembangunan fizikal tetapi juga pembangunan rohani.

"Saya mengharapkan supaya para pembaca dapat menilai sesuatu yang dipaparkan secara adil dan saksama," katanya.

Sementara itu, Ketua Penerangan Warisan Sindumin Suhailli Bair berkata, sisipan baharu Utusan Borneo ini dijangka akan dapat memperlihatkan apa sahaja perancangan yang dilaksanakan oleh kerajaan baharu secara terus kepada pembaca.

PEMBANTU Menteri Kewangan Kenny Chua (kiri), Saripuddin Hatta (dua kiri), bersama Adun Dilantik Terrence Siambun (dua kanan) dan Loretto S. Padua Jr.
PEMBANTU Menteri Kewangan Kenny Chua (kiri), Saripuddin Hatta (dua kiri), bersama Adun Dilantik Terrence Siambun (dua kanan) dan Loretto S. Padua Jr.

Katanya, banyak program dapat dimasukkan pada sisipan ini yang mana ianya akan memberi impak positif kepada pembaca.

"Malah para pembaca boleh menilai sendiri sama ada perancangan kerajaan ini adalah bertepatan dengan slogan Kerajaan Baharu di bawah kepimpinan Ketua Menteri Datuk Seri Shafie Apdal," katanya.

  • oleh
  • Advertisement