Anda di sini

Lengkapkan diri dengan kesantunan budaya dalam perhubungan sosial

Advertisement
JAUJAN (duduk) menandatangani buku tetamu sebelum merasmikan program berkenaan.
JAUJAN (duduk) menandatangani buku tetamu sebelum merasmikan program berkenaan.

KOTA KNABALU: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Ahli Parlimen digalak melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan santunan budaya dalam perhubungan sosial.

Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, selaku pemimpin politik dan wakil rakyat yang sering menghadiri majlis-majlis rasmi kerajaan, mereka harus tahu dan mahir dalam hal ehwal protokol dan etiket sosial.

"Ahli-ahli Yang Berhormat  juga harus mempersiapkan diri untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab agar tidak merasa kekok dalam majlis-majlis rasmi dan sebagainya di samping menjadikan satu amalan yang berdisiplin dan beretika dalam tugasan harian.

"Pemimpin atau wakil rakyat juga sering kali diminta menjadi tetamu kehormat, malah menjadi rujukan dalam pengendalian majlis-majlis rasmi seperti susunan tempat duduk dan sebagainya di kawasan masing-masing.

ANTARA wakil rakyat yang menyertai program pagi tadi merakamkan kenangan bersama Jaujan.
ANTARA wakil rakyat yang menyertai program pagi tadi merakamkan kenangan bersama Jaujan.

"Oleh yang demikian ahli-ahli yang berhormat harus tahu dan mahir dalam hal ehwal protokol dan etiket sosial dalam urusan majlis rasmi," katanya semasa merasmikan Program Eksklusif Protokol dan Etiket Sosial Dalam Majlis Rasmi (Ahli-Ahli Yang Berhormat Negeri Sabah), di sini hari ini.

Teks ucapannya dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Jaujan Sambakong.

Tambah Shafie, pemimpin atau wakil rakyat tidak boleh kekal selesa pada sesuatu tahap pencapaian dalam usaha memantap dan memperkasakan kemahiran dan kebolehanan yang akan melakar corak hala tuju kepimpinan negeri.

"We must not rest on laurels kerana kita perlu berhadapan dan menangani perubahan persekitaran.

"Kita perlu bersedia, berfikiran terbuka untuk melakukan anjakan paradigma yang selari dengan perubahan persekitaran yang terus berlaku, kerana inilah kehendak dan citarasa rakyat pada abad ini.

"Sebagai pemimpin dan wakil rakya, kita perlu mendukung dasar yang bersifat inklusif dan menterjemahkannya ke dalam pekerjaan seharian bagi mencapai amalan protokol dan etiket sosial bukan sahaja di negeri Sabah malah bertaraf dunia," ujarnya.

Program dua hari tersebut dianjurkan oleh Institut Latihan Sektor Awam Negeri (INSAN) dengan kerjasama Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, Bahagian Istiadat dan Protokol, Jabatan Ketua Menteri disertai oleh 53 peserta yang terdiri daripada Timbalan Ketua Menteri, Menteri Kerajaan Negeri, Timbalan Speaker dan Setiausaha Tetap.-Penerangan.

Advertisement