Anda di sini

Lelaki mati di bilik hotel

Advertisement
 

SANDAKAN: Seorang lelaki tempatan yang menginap di sebuah hotel disini dilaporkan meninggal dunia, pagi Ahad.

Mangsa berumur 24 tahun beralamat di Indah Jaya Batu 4, mengalami muntah-muntah dan sawan selepas mendaftar masuk ke hotel berkenaan.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner (ACP) Mohd Azhar Hamin berkata, kira-kira 6.30 pagi di mana pihaknya telah menerima panggilan telefon daripada kakitangan hotel tersebut memaklumkan seorang lelaki yang menginap di hotel itu telah meninggal dunia.

Katanya, bertindak atas maklumat tersebut sepasukan polis telah bergegas ke tempat kejadian dan mendapati seorang lelaki telah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang telah berada di tempat kejadian.

Beliau berkata,  siasatan lanjut mendapati mangsa telah mendaftar masuk ke bilik hotel tersebut pada jam 4 pagi bersama isterinya.

Azhar memberitahu,  pada jam kira-kira 4.30 pagi dilaporkan mangsa sedar dari tidur dan cuba bangun dari katil tetapi jatuh dan muntah-muntah serta mengalami sawan.

Katanya, isteri mangsa kemudian menghubungi ahli keluarganya dan kemudian menghubungi Unit Ambulan daripada Hospital Duchess Of Kent Sandakan.

“Pihak Ambulan sampai jam 6.20 pagi untuk memberi bantuan kecemasan namun gagal dan mangsa telah disahkan meninggal dunia,” katanya.

Azhar berkata, siasatan awal polis juga mendapati tiada unsur-unsur jenayah atau sangkaan khianat yang disyaki berlaku.

“Mayat mangsa telah dihantar ke kamar mayat Jabatan Forensik Hospital Duchess Of Kent Sandakan untuk bedah siasat,” katanya.

Beliau berkata, pihaknya telah membuka kertas siasatan dan diklasifikasikan sebagai Mati Mengejut.

  • oleh
  • Advertisement