Anda di sini

Isteri Ketua Menteri luang masa lawat mangsa kebakaran

Advertisement
SHURYANI (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.
SHURYANI (dua kiri) menyampaikan sumbangan kepada salah seorang mangsa kebakaran.

KOTA KINABALU: Seramai 149 keluarga yang terlibat dalam tragedi kebakaran di Kampung Cenderamata 2 Likas di sini menerima sumbangan.

Isteri Ketua Menteri yang juga Yang Dipertua Persatuan Wanita Isteri Wakil Rakyat Sabah (Perwisa) Datin Seri Panglima Shuryani Shuaib menyampaikan sumbangan berkenaan.

Sumbangan berkenaan termasuklah makanan, pakaian serta keperluan harian.

Shuryani berkata, masyarakat terutamanya para pemimpin sentiasa prihatin terhadap musibah yang menimpa rakyat.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan semua mangsa agar sentiasa kuat dan bersabar dalam menghadapi ujian berkenaan.

"Saya akan pastikan semua mangsa diberi bantuan yang mencukupi.

"Kita akan usahakan untuk memberi pertolongan sebaiknya agar semua mangsa tidak terabai," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan untuk mangsa kebakaran di sini hari ini.

Dalam pada itu, pihaknya turut mengingatkan agar tahap kebersihan sentiasa dijaga dengan baik sepanjang berada di pusat penempatan sementara.

Menurutnya, kebersihan dan kesihatan semua mangsa hendaklah terjaga bagi memastikan keadaan di pusat berkenaan terkawal.

PARA penghuni di pusat penempatan sementara gembira menerima kunjungan mesra Suryani.
PARA penghuni di pusat penempatan sementara gembira menerima kunjungan mesra Suryani.

Bantuan yang disediakan itu termasuklah sumbangan dari Perwisa, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Warisan Bahagian Sepanggar, dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela).

Pada majlis itu, Shuryani turut berkesempatan beramah mesra dengan penghuni di pusat penempatan sementara.

  • oleh
  • Advertisement