Anda di sini

Wujud konsortium untuk rangsang pelancongan Sarawak

Advertisement
 (Dari dua kanan) Chiam, Abdul Karim, Lee serta yang lain melakukan simbolik perasmian MATTA Fair Miri Ke-3 2018 di Emart Riam, semalam.
RASMI: (Dari dua kanan) Chiam, Abdul Karim, Lee serta yang lain melakukan simbolik perasmian MATTA Fair Miri Ke-3 2018 di Emart Riam, semalam.

MIRI: Pengusaha pelancongan perlu melihat usaha mewujudkan sebuah konsortium untuk meneroka pelancongan dan memanfaatkan poten-si industri pelancongan Sarawak.

Menteri Pelancongan, Ke-senian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau setuju de-ngan idea tersebut yang akan memberi rangsangan kepada pelancongan Sarawak.

“Bagi saya, konsortium ini sama seperti konsep penggabungan bank di mana penggabungannya menjadikan institusi bank menjadi lebih kuat dari segi pengurusan kewangan.

“Oleh itu, kita menggalakkan ejen-ejen pelancongan atau pengembaraan kecil bergabung dan membentuk konsortium dalam usaha meningkatkan aktiviti pelancongan kita di sini,” katanya.

Abdul Karim berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan MATTA Fair Miri Ke-3 2018 anjuran Persatuan Ejen-Ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (MATTA) Cawa-ngan Sarawak di Emart Riam di sini semalam.

Hadir sama Menteri Muda Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Datuk Lee Kim Shin dan Pengerusi Penganjur MATTA Fair Miri 2018 Wilson Chiam Tak Chee.

Menurut Abdul Karim, dengan adanya konsortium berkenaan, ia membolehkan mereka mencari sektor pelancongan yang lebih besar se-perti di China, Asia Tenggara dan negara-negara lain.

“Malah, melalui konsortium tersebut, mereka boleh berbincang pelbagai pelan pelancongan dan bekerjasama dengan agensi pelancongan lain seperti di China, Singapura atau negara lain termasuk mendapat sokongan daripada perkhidmatan penerbangan untuk memperkembangkan lagi aktiviti pelancongan,” jelasnya.

Dalam perkembangan lain, jelas Abdul Karim, dari segi menaik taraf kemudahan pelancongan semasa, beliau memberi jaminan komitmen kerajaan Sarawak untuk me-nyediakan kemudahan pelancongan kelas pertama.

“Tempat-tempat menarik sama ada di kawasan pantai ataupun hutan, kemudahan pelancongan akan menjadi keutamaan kita.

“Sudah pasti kita mahu-kan yang terbaik untuk pelancong. Kita tidak mahu meninggalkan kesan buruk kepada mereka seperti tandas yang rosak, katil yang tidak selesa atau lantai yang licin kerana tidak diselenggarakan.

“Dan apa yang penting ialah keselamatan pelancong juga perlu diutamakan,” ujarnya.

Terdahulu, Abdul Karim memuji usaha MATTA Fair tersebut yang semakin mendapat sambutan dengan 40 penyertaan pameran berbanding 25 penyertaan pada tahun lepas.

“Industri pelancongan me-rupakan industri yang sangat besar bukan sahaja di negara kita, malah melibatkan negara terdekat dengan Miri iaitu Brunei Darussalam.

“Justeru, kerjasama akan sentiasa kita laksanakan bukan sahaja dengan negara Brunei, malah Sabah,” katanya.

Tambah beliau, kerajaan Sarawak sedang berusaha untuk mendapatkan lebih banyak kerjasama dengan perkhidmatan penerbangan luar negara bagi menyediakan penerbangan ke Sarawak.

  • oleh
  • Advertisement