Anda di sini

Tiga sekolah rendah Engkilili anjur ceramah motivasi UPSR

Advertisement
 Dr Charlie menerima cenderamata daripada Ali sambil diperhatikan Helen (kiri), Musa Gasah (dua kanan) dan Andrew Bugie.
IKHLAS: Dr Charlie menerima cenderamata daripada Ali sambil diperhatikan Helen (kiri), Musa Gasah (dua kanan) dan Andrew Bugie.
 Dr Charlie (tiga kiri) bergambar bersama Helen Sampol (kanan), Ali (belakang sekali) serta tenaga pengajar dan pelajar SK Engkilili I.
UNTUK ALBUM: Dr Charlie (tiga kiri) bergambar bersama Helen Sampol (kanan), Ali (belakang sekali) serta tenaga pengajar dan pelajar SK Engkilili I.
 Dr Charlie bergambar bersama guru-guru pengiring dari ketiga-tiga buah sekolah yang menyertai sesi seminar kali ini.
KENANGAN: Dr Charlie bergambar bersama guru-guru pengiring dari ketiga-tiga buah sekolah yang menyertai sesi seminar kali ini.

TIGA sekolah rendah di daerah Engkilili telah berjaya menganjurkan ceramah motivasi khusus untuk calon Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR).

Sekolah tersebut ialah Sekolah kebangsaan (SK) Engkilili I, SK Engkili II dan SK Sedarat.

Seramai 49 pelajar Tahun 6 dari ketiga-tiga sekolah yang bakal menduduki peperiksaan UPSR pada September ini mendapat suntikan motivasi daripada seorang penceramah tempatan yang tidak asing iaitu Dr Charlie Dudang.

Jurucakap Helen Kambol bagi pihak sekolah penganjur iaitu SK Engkilili I berkata, program tersebut dinamakan program ‘Motivasi High Performance Rural School’ (HIPERS) diadakan untuk mendapatkan tip-tip tentang persiapan dan teknik pembelajaran efektif daripada Dr Charlie.

Hasilnya, beliau sekali pun bersahaja namun berjaya memukau perhatian dan tumpuan pelajar termasuk ibu bapa serta tenaga pengajar daripada ketiga-tiga sekolah itu.

Salah seorang audien yang mengambil bahagian dalam seminar motivasi tersebut melahirkan rasa terharu apabila mendengar kisah, cabaran dan dugaan yang diharungi Dr Charlie sebelum bergelar insan berjaya.

Tambahnya, tidak ramai golongan berjaya yang mahu berkongsi kisah sedih sebelum bergelar insan berjaya dan ia berbeza dengan penceramah jemputan ini.

“Satu pengajaran yang saya dapat dari seminar tersebut ialah ‘hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih’ yang merupakan satu-satunya jalan keluar daripada dibelenggu kemiskinan iaitu menerusi pendidikan,” katanya yang tidak mahu namanya disiarkan.

Sementara itu, antara lain kandungan ceramah Dr Charlie telah menekankan pelajar terutamanya harus mempunyai hala tuju jelas yakni cita-cita mulai sekarang.

“Resipi lain ialah kita harus berpandangan jauh, mempunyai iltizam tinggi untuk berjaya serta berdisiplin tinggi sebelum bergelar insan berjaya,” katanya dan menambah pelajar perlu rajin mengulang kaji pelajaran dan bijak mengatur jadual antara belajar dan bermain.

“Ibu bapa pula harus bekerjasama dengan guru-guru dalam mengawal tingkah laku anak-anak terutama di rumah serta memastikan mereka rajin bertanya perkembangan pelajaran anak-anak.

“Ibu bapa harus menunjukkan teladan yang baik di hadapan anak-anak serta memastikan anak-anak mengulang kaji pelajaran mengikut jadual yang ditetapkan,” tegasnya.

Sehubungan itu, Dr Charlie menyarankan para guru agar melanjutkan pengajian mereka hingga ke tahap tertinggi seperti ‘master’ kerana ia secara tidak langsung memupuk rasa minat serta menanamkan budaya belajar di kalangan pelajar tersebut terutama pelajar Tahun 6 itu.

Terdahulu, Penolong I SK Engkilili Ali Endeng menyampaikan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada guru-guru pengiring serta ibu bapa pelajar SK Engkilili II dan SK Sedarat kerana turut menjayakan program motivasi HIPERS itu.

  • oleh
  • Advertisement