Anda di sini

Rebut peluang menjadi duta AirAsia X dan Sony Global dengan foto percutian

Advertisement
 Barry Klipp (dua kanan) bergambar bersama Satoru Arai (dua kiri) sempena pelancaran AirAsia X Pencarian Duta bersama Sony Malaysia di The Curve, kelmarin. — Gambar Bernama
HANTAR FOTO ANDA: Barry Klipp (dua kanan) bergambar bersama Satoru Arai (dua kiri) sempena pelancaran AirAsia X Pencarian Duta bersama Sony Malaysia di The Curve, kelmarin. — Gambar Bernama

PETALING JAYA: Rakam detik-detik indah semasa percutian dan kongsi pengembaraan hebat anda untuk merebut peluang menjadi duta jenama bersama AirAsia X dan Sony Malaysia, yang julung kali diadakan, selama satu tahun.

Apa yang perlu dilakukan ialah berkongsi imej menarik dari mana-mana lebih 130 destinasi pelancongan AirAsia di seluruh dunia, melalui throughthelens.airasia.com mulai 30 Julai hingga 7 Okt ini.

“Sekeping gambar mampu menceritakan lebih daripada seribu perkataan. Kami melancarkan peraduan ini dengan Sony untuk menunjukkan bagaimana pengalaman perjalanan dapat disampaikan dengan cara yang menakjubkan secara visual tanpa mengira perbelanjaannya - baik melalui telefon pintar atau dengan peralatan kamera terbaik di pasaran.

“Kami sedang mencari seseorang yang meneroka mana-mana destinasi AirAsia dan berkongsi saat perjalanan kesukaannya,” kata Ketua Komersial AirAsia X Group, Barry Klipp, ketika melancarkan peraduan, ‘Through the Lens’, di sini kelmarin.

Mengenai kerjasama itu, Pengarah Urusan Sony Malaysia, Satoru Arai berkata berikutan peningkatan kadar penembusan telefon pintar di pasaran, minat terhadap fotografi telah berkembang pesat dalam beberapa tahun ini.

“Orang ramai telah mula mengambil banyak foto perjalanan estetik yang dihubungkan (melalui platform sosial) dengan orang yang tidak dikenali di seluruh dunia.

“Sony, sebagai peneraju dalam pengimejan digital dan pengeluar sensor imej terbesar di dunia, kami yakin akan terus menerajui pada masa depan, kepada spektrum jurugambar perjalanan yang lebih luas, dari penggemar kepada peminat. Melalui kerjasama dengan AirAsia, kami percaya kami dapat mengekalkan rantaian inspirasi dan orang akan mula merakam keindahan kehidupan seharian melalui lensa mereka. “

Hadiah utama adalah menjadi duta bersama, di mana pemenang akan diberi ganjaran dengan peluang untuk menjadi sebahagian daripada pengalaman perjalanan AirAsia baharu yang menarik dan terlibat dalam pelancaran produk eksklusif oleh Sony Malaysia.

Pemenang juga akan memenangi tiket penerbangan Premium Flatbed dan penginapan di Tokyo, berpeluang melihat teknologi terkini Sony di ibu pejabatnya di Jepun, kamera Sony, Alpha A7 III K bernilai RM9,433, dan Sony h.ear 2 fon kepala wayarles bernilai RM1,093.

Selain itu, sembilan hadiah sagu hati termasuk tiket penerbangan AirAsia X dan kamera Sony RX100V bernilai RM4,299, yang disediakan setiap minggu untuk kisah kreatif terbaik yang dikemukakan di laman mikro pertandingan.

Bagi menyertai pertandingan, layari throughthelens.airasia.com dan pelajari bagaimana cara menghantar entri anda sendiri dengan memuat naik foto perjalanan dengan kisah kreatif. — Bernama

Advertisement