Anda di sini

Shareda puji langkah proaktif kerajaan

Advertisement
CHEW (tengah) dan Johnny (dua dari kiri) serta jawatankuasa penganjur sambutan Shareda Ruby Jubilee.
CHEW (tengah) dan Johnny (dua dari kiri) serta jawatankuasa penganjur sambutan Shareda Ruby Jubilee.

KOTA KINABALU: Langkah kerajaan negeri ke arah mengurangkan kerenah birokrasi dalam pembangunan hartanah akan memberi kesan kepada peningkatan ekonomi negeri.

Mengulas mengenai usaha kerajaan menekankan pelbagai langkah positif dalam masa kurang daripada tiga bulan mengambil alih pentadbiran, Presiden Shareda Chew Samg Hai berkata langkah itu akan memberi kesan riak terhadap keinginan kerajaan negeri untuk mewujudkan peluang pekerjaan dan menurunkan kos sara hidup.

Beliau mengulas mengenai penarafan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sifar dan pengumuman rancangan baharu dalam proses kelulusan pelan pembangunan (DP) dengan tujuan mempercepatkan kelulusan.

Pemaju harta tanah telah lama menyalahkan kelewatan dalam kelulusan DP sebagai punca utama kenaikan kos projek, sementara kerajaan telah bercakap tentang pewujudan pusat sehenti untuk memendekkan kelulusan DP.

"Kelulusan DP yang lebih cepat diterjemahkan ke dalam pengurangan kos pemegangan projek pemaju dan simpanan boleh disalurkan kepada pembeli hartanah," katanya.

Mengenai GST, Chew menjangkakan penarafan GST tidak memberi kesan kepada harga hartanah kerana pembekal bahan binaan tidak lagi dibebani dengan rejim cukai; kos pembinaan juga akan menurun sementara pembeli hartanah komersil juga menjimatkan 6 peratus GST.

"Kami menghargai bahawa kerajaan telah meneliti isu-isu yang mempengaruhi harga hartanah dan menetapkan pembetulan. Ini adalah langkah yang baik dan kita melihat ke arah yang lebih proaktif serta tindakan yang didorong oleh pasaran," katanya.

Chew juga menekankan pengeluaran hakmilik strata baru-baru ini kepada pemilik pusat beli-belah di Centre Points Sabah (CPS) sebagai perkembangan positif.

Katanya CPS telah menjalankan perniagaan selama lebih 30 tahun dan beberapa bangunan di Sabah telah berhadapan masalah hak milik strata kerana birokrasi dan undang-undang yang telah lapuk.

"Kami akan terus bekerjasama dengan kerajaan, terutamanya Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan untuk menyelesaikan sebarang isu, serta yang berkaitan dengan perumahan mampu dimiliki, projek 'rent-to-own' dan sebagainya," katanya.

Beliau menegaskan bahawa sektor pembangunan hartanah dan perumahan terikat dengan pelbagai sektor dari reka bentuk dalaman kepada bahan binaan, perkhidmatan dan penyediaan kelengkapan kediaman.

"Shareda sentiasa menekankan pentingnya bekerjasama dengan kerajaan untuk memastikan kegigihannya, kerana kesejahteraannya bercakap untuk kesejahteraan ekonomi negara.

"Sektor hartanah berada dalam keadaan baik jika rakyat boleh membeli apa yang kita bina dan rakyat akan mampu membeli apabila ekonomi sihat serta bersemangat," katanya.

  • oleh
  • Advertisement