
MIRI: Pasar raya gaya hidup terbaharu di Miri, Everrise, semalam menganjurkan majils pembukaan rasmi cawangan pertamanya di sini di kompleks beli-belah Bintang Megamall.
Berkeluasan 25,000 kaki persegi yang terletak di tingkat bawah pusat beli-belah, ia menawarkan persekitaran membeli-belah yang mempromosikan gaya hidup penduduk bandar dengan menawarkan gabungan produk dan perkhidmatan yang unik.
Pasar raya ini direka khas untuk memudahkan pelanggan meneroka pelbagai makanan yang disajikan di situ.
Selain itu, ia menawarkan pelbagai produk yang diimport dari seluruh dunia yang mempamerkan buah-buahan dan sayur-sayuran segar yang diimport, coklat, pasta, minuman, wain dan banyak lagi.
Terdapat juga bahagian khusus untuk produk makanan Jepun, Korea dan Barat. Para pelanggan juga boleh ke ‘Bakery Corner’ yang menawarkan pelbagai jenis pastri, roti dan produk bakeri.
Tambahan pula bagi para penggemar makanan Jepun, ‘Sushi Bar’ menawarkan set-set sushi yang lazat.

Terdapat bahagian khusus dipanggil ‘Hog & Wild’ yang menawarkan pelbagai hidangan Itali yang siap dimasak dan pelbagai pilihan wain dan keju yang diimport.
Sempena dengan majlis pembukaan rasmi ini, pasar raya Everrise kini sedang menganjurkan promosi ‘Hadiah Percuma Dengan Setiap Pembelian’ di mana para pelanggan akan menerima pelbagai hadiah-hadiah menarik dengan setiap pembelian produk pelbagai jenama di situ. Antara jenama yang dimaksudkan ialah Darlie, Ibumie, Kao, Kit Kat, Joy, Listerine, Loreal, Shieldtox, Yeo’s dan banyak lagi
Tambahan pula dengan setiap pembelian RM100 ke atas, setiap pelanggan akan menerima kad keahlian seumur hidup Everrise percuma yang membolehkan pelanggan menikmati tawaran harga istimewa, pengumpulan mata dan penebusan mata untuk baucar tunai.
Untuk maklumat terkini sila lawati : www.facebook.com/myeverrise. Untuk maklum balas dan komen, sila e-mel ke: [email protected].
Turut hadir pada majlis pembukaan rami termasuk para pegawai kanan Everrise Group iaitu Pengarah Urusan Colin Sia, Pengarah Eksecutif Jeffrey Sia, Pengarah Syarikat, Yeo Siew Hui dan Christina Phang, Pengurus Everrise Bintang Megamall David Chin dan tetamu khas pengerusi kompleks beli-belah Bintang Megamall Dato’ Lau Siu Wai.