Anda di sini

Isa Lee tampil dengan single terbaru ‘Tubai Pengerindu’

Advertisement
 Isa Lee tampil dengan single terbaru ‘Tubai Pengerindu’.
SINGLE BAHARU: Isa Lee tampil dengan single terbaru ‘Tubai Pengerindu’.

KUCHING: Komposer yang tidak asing lagi dalam industri muzik Dayak, Isa Lee tampil dengan single terbarunya berjudul ‘Tubai Pengerindu’.

‘Tubai Pengerindu’ merupakan sebuah lagu mengenai kehebatan sebuah cinta dalam bahasa Iban yang standard dan mudah difahami oleh para pendengar.

Sejak dikeluarkan, lagu ini mulai hangat dimainkan di stesen-stesen radio Iban dan juga boleh dimuat turun menerusi laman Youtube.

“Lagu ‘Tubai Pengerindu’ ini sesuai didengar oleh semua peringkat umur kerana ia menceritakan mengenai sebuah percintaan yang tidak mengenal usia, rupa dan masa.

“Setakat ini lagu ‘Tubai Pengerindu’ ini telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan daripada peminat lagu-lagu Iban termasuk dari Semenanjung Malaysia dan Brunei,” katanya.

Meskipun sibuk mempromosikan single terbarunya ini, Isa kini juga sibuk untuk menyiapkan pelancaran album enam artis baru MK Smokehouse bersama Ranyak Sound Studio di Kuching.

Isa turut berterima kasih kepada pasukan penerbitan, peminat serta ahli keluarga yang bekerja keras untuk mengeluarkan lagu ini.

Isa turut mengajak rakan-rakan artis yang lain untuk sama-sama memajukan lagi industri muzik Dayak dengan hasil karya yang bermutu.

“Saya mahu kita semua bersatu dalam industri ini dan elak daripada isu-isu remeh yang boleh menjejaskan nama baik industri muzik Dayak,” katanya kepada Utusan Borneo.

  • oleh
  • Advertisement