Anda di sini

Dibunuh, dipenggal dan dibakar

Advertisement
Mayat mangsa yang dijumpai tanpa kepala di rumahnya.
Mayat mangsa yang dijumpai tanpa kepala di rumahnya.

SARATOK:  Seorang wanita dipenggal kepala kemudian dibakar seorang lelaki yang dipercayai kurang siuman dalam satu insiden di Rumah Panjang Lumpoh Bratong Baru Roban hari ini.

Dalam kejadian yang dikatakan berlaku pada kira-kira pukul 2.30 petang, mangsa, Gelingi Anak Ngaing, 75, didatangi suspek, Bandang Langu, 57, di rumahnya dan terus menetak mangsa.

Ketua Polis Daerah Saratok DSP Mordani Tanin berkata semasa dijumpai, si mati dalam keadaan tertiarap tanpa kepala di ruang tamu.

"Terdapat kesan darah di lantai dan sekitar badan si mati. Terdapat juga titisan darah menuju ke dapur rumah simati hingga ke pintu belakang," katanya dalam satu kenyataan.

Setelah dibunuh, suspek kemudiannya membawa lari kepala yang dipenggal, sebelum membakar bersama dengan motosikalnya.

"Serpihan tengkorak yang dipercayai tengkorak si mati dijumpai lebih kurang tiga meter dari tempat senjata (dua parang dan sebilah kapak) dijumpai.

"Siasatan seterusnya membawa kepada penemuan serpihan tengkorak yang telah dibakar bersama sebuah motosikal di simpang masuk ke rumah panjang tersebut," katanya.

Suspek ditangkap dan ditahan untuk siasatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati suspek mengaku memenggal kepala mangsa dan kemudiannya membakarnya bersama dengan sebuah motosikal.

Polis mengusung mayat mangsa untuk bedah siasat.
Polis mengusung mayat mangsa untuk bedah siasat.
  • oleh
  • Advertisement