Anda di sini

Bantahan dua minggu di Iraq ragut 14 jiwa

Advertisement
 Polis cuba meleraikan penunjuk perasaan di Baghdad pada 20 Julai lalu. — Gambar Reuters
KECOH: Polis cuba meleraikan penunjuk perasaan di Baghdad pada 20 Julai lalu. — Gambar Reuters

BAGHDAD: Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban di Iraq dalam bantahan selama dua minggu terhadap gejala rasuah dan kekurangan perkhidmatan awam, seorang anggota suruhanjaya hak asasi manusia negara tersebut berkata kelmarin.

Tunjuk perasaan telah menggegarkan bahagian selatan dan tengah Iraq sejak meletus di bandar pelabuhan Basra yag kaya dengan minyak pada 8 Julai, apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan membunuh seorang individu.

Mereka kemudian semakin berkurangan selepas pasukan keselamatan beberapa kali menggunakan kekerasan untuk meleraikan penunjuk pe-rasaan, walaupun wartawan AFP melaporkan bantahan di selatan kelmarin.

Pegawai suruhanjaya hak asasi Fadel al-Gharrawi mengesahkan 14 terkorban di Basra, Samawah, bandar majoriti Syiah di Najaf dan Karbala serta di wilayah Diwaniyah dan Babylon.

Beliau tidak menjelaskan sama ada mereka yang terkorban adalah penunjuk perasaan atau anggota perkhidmatan keselamatan, namun satu angka pada Ahad yang disedia-kan oleh sumber perubatan meletakkan jumlah yang maut seramai 11 orang, semuanya penunjuk perasaan.

Gharrawi berkata 275 penunjuk perasaan dan 470 kakitangan keselamatan tercedera semasa tunjuk pera-saan yang melibatkan ribuan orang menentang pegawai yang korup.

Beberapa pegawai tempatan dan sumber perubatan menyatakan kebanyakan mangsa terbunuh akibat tembakan oleh penyerang yang tidak dikenal pasti, sementara seorang lagi lemas akibat gas pemedih mata yang digunakan untuk meleraikan penunjuk perasaan.

Gharrawi, yang dilantik oleh parlimen, berkata beliau sudah “menggesa Perdana Menteri Haider al-Abadi agar mengelakkan keganasan dan penahanan secara sembarangan” namun turut menyeru penunjuk perasaan agar “berkelakuan secara aman”. — AFP

Advertisement