Anda di sini

Tentera Perancis bantu tangani kebakaran di Sweden

Advertisement
 Helikopter mencurahkan air ke atas kebakaran hutan dekat kampung Grotingen di tengah Sweden. — Gambar Reuters
PADAM API: Helikopter mencurahkan air ke atas kebakaran hutan dekat kampung Grotingen di tengah Sweden. — Gambar Reuters

STOCKHOLM: Beberapa anggota tentera Perancis yang pakar dalam menangani kebakaran telah tiba di Sweden pada awal semalam untuk membantu menangani kebakaran yang marak di sekitar negara semasa gelombang haba yang ekstrem.

Anggota bomba kelmarin berdepan dengan kira-kira 50 kebakaran hutan selepas kemarau yang tidak dijangkakan di wilayah dan suhu tinggi, yang telah mencapai paras paling tinggi dalam tempoh satu abad.

Seramai 30 anggota tentera Perancis dari unit Pertahanan Awam telah mendarat sejurus selepas tengah malam semalam di Stockholm, menurut seorang koresponden AFP.

Mereka akan disertai oleh seramai 30 anggota bomba dari selatan Perancis semalam.

Perancis menghantar dua pesawat Canadair ke Sweden selepas pihak berkuasa meminta bantuan kecemasan Kesatuan Eropah (EU) untuk mengawal kebakaran, yang tidak menyebabkan sebarang kematian setakat ini.

Itali menghantar dua pesawat memadamkan kebakaran dan Norway pula meghantar lapan helikopter.

Jerman dan Poland turut memberi respons kepada permintaan untuk bantuan.

Suhu direkodkan melebihi 33 darjah Celsius (90 darjah Fahrenheit) telah dilaporkan di Uppsala, sebuah bandar di utara Stockholm.

Tiada penurunan hujan langsung sejak awal Mei di negara ini, selain sedikit hujan 13 milimeter yang turun pada pertengahan Jun.

Denmark, selatan Norway dan utara Finland turut mengalami haba yang ekstrem, menurut ramalan cuaca, yang tidak mungkin akan berakhir dengan cepat. — AFP

Advertisement