Anda di sini

Larangan pembakaran terbuka elak kebakaran

Advertisement

KOTA KINABALU: Jabatan Alam Sekitar (Jas) Negeri Sabah mengingatkan semua pihak supaya tidak melakukan pembakaran terbuka.

Pengarah Jas Negeri Sabah Tunku Khalkausar Tunku Fathahi berkata, setiap kawasan tanah juga perlu dijaga dari berlaku kebakaran.

Katanya, langkah itu juga bagi mengelakkan kebakaran dari merebak dan menjejaskan kualiti udara setempat.

Menurutnya, peringatan berkenaan berikutan dari amaran 'hari tidak hujan' yang diterima daripada Ibu Pejabat Meteorologi Malaysia.

"Amaran terbabit hasil pemantauan Jabatan Meteorologi pada 22 Julai lepas di beberapa kawasan di negeri ini yang mencatatkan ketiadaan hujan.

"Ia termasuklah kawasan Kunak yang mencatatkan selama 15 hari tidak hujan, Stesen Pertanian Pitas 11 hari, stesen Meteorologi Keningau selama sembilan, hari, Stesen Meteorologi Ranau dan Mesilau masing-masing mencatatkan tujuh hari," jelasnya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, keadaan cuaca juga diramalkan agak kering untuk beberapa hari akan datang sehingga 27 Julai 2018.

Bagaimanapun katanya, cuaca hujan di satu-dua tempat di perairan Sabah di sebelah pagi dan hujan serta ribut petir dijangka pada sebelah petang di pantai barat Sabah.

  • oleh
  • Advertisement